Monday, June 30, 2008

10 CARA MELINDUNGI DIRI DARI SYAITAN

  1. Carilah perlindungan ALLAH dari syaitan yang direjam.
    Allah SWT berfirman dalam surah Fushshilat ayat 36 [QS41:36].

    Dan jika Engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah Engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
  2. Mu ‘awwidhatayn : Bacalah surah Al-Falaq dan AnNas.
  3. Bacalah ayat Kursi [QS2:255]
  4. Bacalah Surah Al-Baqarah
  5. Bacalah 2 ayat terakhir surah Al-Baqarah
  6. Ucaplah “La ilaha ill Allah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa `ala kulli shay’in qadir” sebanyak 100 kali.
  7. Bacalah permulaan Surah Mu’min.
  8. Ingatlah Allah yang Maha Berkuasa.
  9. Wudu’ dan Solat ; pastikan diri sentiasa dalam keadaan berwudu’. Kedua-duanya merupakan adalah sebaik-baik cara untuk melindungi diri terutama apabila marah ambillah wudu’ dan bersolatlah.
  10. Jauhi dari perbuatan yang tidak baik.



    Imam Ibn Qayyim alJawziyyah

Uji Pengetahuan Anda (Jun)

Apa kata kita uji pengetahuan kita..mana la tau kot-kot dah lupa..tak pun ajakla adik2 ke satu keluarga sekali..

  1. Berapakah bilangan ayat di dalam Al-Qur’an yang memerlukan kita sujud?
  2. Apa maksud nama Allah SWT yang kedua ‘Ar-Rahman’?
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan Zakat?
  4. Apakah nama gua di mana tempat Rasulullah SAW menerima wahyu pertama baginda?
  5. Melalui siapakah Allah wahyukan ayat-ayat Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad SAW?
  6. Surah yang manakah tidak bermula dengan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ (Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)?
  7. Bagaimanakah bermulanya sejarah kalendar Islam?
  8. Namakan 5 kitab-kitab Allah beserta nama rasul-rasul yang menerimanya?
  9. Apakah gelaran yang diberikan untuk orang yang menghafal Al-Qur’an?
  10. Berapa tahunkah Al-Qur’an diwahyukan?
  11. Siapakah wanita yang pertama memeluk agama Islam?
  12. Namakan 4 khalifah utama Islam?
  13. Apakah 2 pegangan utama umat Islam?

Thursday, June 26, 2008

Rama-rama dan Bunga

Jom kita dengar kisah rama-rama dan bunga. Ada kisah seorang lelaki yang berdoa kepada Allah agar diberikan bunga dan rama-rama. Namun, Allah memberikannya kaktus dan ulat. Lelaki tersebut berasa sedih dan tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.


Kemudian dia berfikir: Allah mempunyai terlalu ramai hamba-hamba-Nya untuk diuruskan. Begitulah sangkaannya. Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.
Selepas 1 tempoh, lelaki itu pun memikirkan semula permohonan doanya yang telah lama dilupakannya. Tetapi ada sesuatu yang amat memeranjatkannya...dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik dan daripada ulat yang terselindung, telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.

Lihat betapa indahnya susunan atau aturan Allah! Cara Allah sentiasanya yang terbaik walaupun kelihatan semuanya salah pada pandangan kita yang kadang-kadang tidak mahu berfikir.
Jika kita memohon sesuatu dan menerima setiap pemberian Allah dengan rasa bersyukur. PERCAYALAH! Pastinya Allah sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai. Apa yang kita pinta tak semestinya apa yang diperlukan! Allah tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-hamba-Nya. Jadi teruskan berdoa tanpa ada perasaan ragu-ragu dan mengeluh...

DURI hari ini adalah BUNGA hari esok! ALLAH Mengurniakan Pilihan Terbaik kepada Mereka yang Menyerahkan Ketentuan kepada-NYA.

Monday, June 23, 2008

Kepentingan Berkomunikasi dengan Anak-anak

Hampir kesemua daripada kita bersetuju bila dikatakan pengalaman menjadi ibu dan bapa merupakan saat-saat yang membahagiakan dan merupakan satu kepuasan hati dalam kehidupan sebagai orang dewasa. Jadi, Dari mana kita perlu bermula mempelajari tentang keibubapaan? Hanan Dover mengesyorkan kita supaya membaca dan mendalami buku-buku berkenaan Islam yang berkaitan dengan keibubapaan yang menghuraikan strategi yang berkesan dalam membina dan memahami kelakuan dan perkembangan anak-anak.

Artikel ini menekankan betapa pentingnya ‘komunikasi’ dalam hubungan ibubapa dan anak. Sekarang cuba kita lihat, Berapa banyak buku-buku berkenaan Islam yang mengajar ibubapa tentang strategi berkomunikasi? Ana rasa banyak tapi semuanya terpulang pada kita sama ada kita hendak mencari ataupun tidak.

Salah satu perkara penting yang selalu tidak dititik beratkan oleh kebanyakkan ibubapa adalah ‘komunikasi efektif’ antara ibubapa dengan anak. Komunikasi efektif boleh mengurangkan kesukaran dalam membesarkan atau mendidik anak-anak atau remaja seminimum yang mungkin, itu pun jika kepentingan berkomunikasi difahami dan dipraktikkan (diamal) selalu dan konsisten.

Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah hanya melibatkan atau berbentuk arahan dari ibubapa sedangkan anak-anak hanya mendengar dan mematuhi setiap arahan yang diberi tanpa ibubapa mendengar dan bertanya pendapat anak-anaknya. Komunikasi seperti ini meningkatkan jurang dan jarak di antara ibubapa dan anak di dalam rumah.

Komunikasi bukan sahaja mengenai apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat oleh anak-anak. Jika itu yang berlaku maka itu adalah merupakan cara ditaktor dalam membesarkan anak-anak, yang mana mengakibatkan kesan yang tidak baik dalam perkembangan keyakinan diri anak-anak. Komunikasi melibatkan perbincangan mengenai keagamaan, sosial, pendidikan, kerohanian atau kejiwaan, emosi dan keperluan fizikal dalam memahami tindakbalas mereka dalam perubahan di sekitar mereka. Jika suasana yang sihat seperti ini berlaku atau mengambil tempat, anak-anak akan belajar bagaimana untuk mengatasi dan menguruskan hal-hal yang mencabar seiringan mereka meningkat dewasa. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan rasa keyakinan diri (self-confidence) mereka malah menjadikan mereka lebih hormat kepada ibubapa yang telah membesar dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang berpotensi dalam kehidupan. Ibubapa perlu mengenal pasti kelebihan anak-anak mereka dalam memperkembangkan dan mengukuhkan lagi kebolehan mereka dalam bidang yang mereka cenderung tersebut. Keadaan yang berlaku ini adalah sama bagi anak-anak lelaki mahupun perempuan.

Ibubapa merupakan sumber utama maklumat anak-anak sejak dari mereka kecil. Jika anak-anak ini dapati mereka langsung tidak boleh bertanya soalan yang berkaitan dengan sesuatu pada ibubapa, mereka berkemungkinan rasa ingin lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di luar sana. Akibatnya, mereka hilang minat untuk bertanya pada orang lain soalan yang sama kerana mereka mengandaikan yang tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mendengar apa yang ingin soal jika ibubapa mereka sendiri ridak bersedia untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Komunikasi efektif perlu untuk perkembangan anak-anak pada zaman kanak-kanak dan remajanya.

Bila Berkomunikasi:

Dengarlah secara aktif – Bila anak-anak bercakap dengan ibubapa, cuba tunggu dan dengar secara aktif apa yang ingin diperkatakan atau disampaikan oleh anak/remaja. Menjadi pendengar secara aktif adalah sangat penting kerana melaluinya, anak-anak akan menceritakan hal-hal mengenai mereka dari perspektif mereka. Saat itu ibubapa mestilah berhenti menilai dan menunjukkan rasa respect serta menaruh minat dalam apa yang ingin disampaikan oleh anak-anak mereka dalam perbualan. Nabi SAW mendengar kerisauan para sahabat dan baginda juga turut memberi sepenuh perhatian pada musuh-musuhnya atas apa yang ingin mereka sampaikan. Ibubapa sepatutnya menjadikan peribadi Rasulullah SAW sebagai salah satu elemen penting dalam kehidupan.

Bila anak-anak rasa yang ibubapanya memberi perhatian dan berminat dalam apa yang ingin mereka sampaikan, mereka akan bersedia membuka hati mereka (open up their heart) untuk ibubapa dan secara tidak langsung menghasilkan kepercayaan mereka terhadap ibubapa. Jika ibubapa takut atau risau pada kesan-kesan yang tidak baik dalam masyarakat mempengaruhi persekitaran dan perangai anak-anak, komunikasi efektif mampu mengukuhkan ikatan di antara ibubapa dan anak-anak. Kesannya, anak-anak akan sentiasa meminta nasihat dan pendapat dari ibubapa kerana unsur-unsur kepercayaan dan rasa hormat telah wujud.

Hindarilah dari berbalah – Salah satu contoh komunikasi yang tidak berkesan adalah perbincangan melibatkan ketidaksetujuan atau perbalahan dan perdebatan yang berlaku antara ibubapa dan anak. Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang lelaki itu mengalah dalam perbalahan bila dia di pihak yang salah, sebuah rumah akan dibina buatnya di dalam Taman Syurga; tetapi jika seseorang lelaki itu mengalah walaupun dia berada di pihak yang benar, maka sebuah rumah akan dibina buatnya di tempah yang lebih tinggi kedudukannya di dalam Taman Syurga.” (At-Tirmidzi)

Tips-tips dalam berkomunikasi dengan remaja:
  • Wujudkan suasana yang menyeronokkan dan menarik dalam perbincangan.
  • Sentiasa konsisten dalam apa yang diperkatakan.
  • Sentiasa positif bila berurusan dengan mereka.
  • Jangan terlalu over-react.
  • Berfikir dulu apa yang mereka berkehendakkan sebelum mengatakan ‘tidak’ kepada mereka.
  • Tunjukkan rasa minat atau mengambil berat dalam kerja sekolah dan rakan-rakan mereka.
  • Berbicara tentang isu berkenaan Islam dan sosial dengan mereka.
  • Tingkatkan keyakinan diri mereka dan sentiasa memberi semangat atau motivasi pada diri mereka.
  • Jangan terlalu menunjukkan atau menggunakan kuasa sebagai ibubapa (nampak seolah macam kuku besi di mata anak-anak).
  • Belajar bertolak ansur atau berkompromi dengan perubahan persekitaran anak-anak tanpa perlu melanggar prinsip-prinsip Islam mahupun syara’.


Saudaramu dalam Islam,
Hanan Dover
Mission of Hope
www.missionofhope.org.au
Terjemahan dari “Parents Talking the talk: The importance of communicating with your children”, Majalah The Message, Volume 3,Issue 2, Etiquette Issue 2005.

Sunday, June 22, 2008

Ayat Bulan Ini



“Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. dan (ingatlah), sesiapa Yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.” [QS49. AlHujuraat ayat 11]

Sahabat dan sahabiah yang dikasihi, Al-Qur’an Al-Kareem bukan hanya berkisar tentang siapa yang perlu dipercayai dan apa yang perlu dipercayai, tapi hakikatnya Al-Qur’an Al-Kareem mengajar orang-orang beriman bagaimana untuk menguruskan kehidupan dan bergaul dengan keluarga dan kawan-kawan. Allah SWT mengarahkan dan mengajar orang muslim bagaimana untuk bergaul atau memperlakukan antara satu sama lain. Allah SWT berfirman, “...janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka...”

Allah SWT bukan menekankan hal tersebut pada kaum lelaki tetapi kaum perempuan juga turut disebut. Allah berfirman, “...dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka...”


Allah SWT mengajar orang-orang yang beriman bagaimana untuk menjadi muslim yang baik dan bagaimana untuk menambah rasa kasih dan bertanggungjawab di kalangan saudara lelaki mahupun perempuan dalam Islam. Allah SWT melarang kita memfitnah mahupun mengumpat ataupun mencela/mencaci antara satu sama lain. Sudah tentu tak ada sesiapa pun yang suka dicaci/dicela di hadapan keluarga mahupun kawan-kawan mereka. Tidak ada sesiapa pun yang sempurna (perfect) dalam hidup ini. Ummu ‘Abdullah Amin yang juga merupakan sahabiah yang sangat ana cintai pernah berpesan kepada ana,“Tak de sape pun yang boleh claim diri dia baik, semua nilaian itu berbalik kepada Maha Pencipta. Allah yang lebih berhak menilai sama ada seseorang itu baik ataupun tidak.” Walaupun kita tau di antara kawan-kawan kita ada yang pernah melakukan kesilapan kecil ataupun besar tetapi janganlah kita mencaci/mencela/menghina mereka. Mana tau mereka bertaubat dan taubat mereka diterima Allah, kita sebagai manusia tidak mengetahui perkara yang di luar pengetahuan kita tambah-tambah soal keampunanNya. Takutlah kita kepada Allah SWT jika perbuatan mencela kita kepada mereka menyebabkan mereka bertambah jauh dari kasih sayang dan rahmatNya. FirmanNya, “...dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.” Ana pasti kita semua pernah melakukan kesilapan atau tidak pernah lari dari melakukan kesilapan sama ada kita sengaja ataupun tidak sengaja, jadi bertaubatlah kepadaNya. Ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat setelah melakukan kesalahan; Allah SWT berfirman, “...dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang Yang zalim.”

Diedit dan diterjemah dari artikel ‘Verse of The Month’ dalam Majalah The Message Vol1, Issue 3, August 2003

Antara TAQWA dan RUPA

“Sahabat sekarang memilih rupa”,
Aku sering terdengar
Ungkapan ini,
Lantas terkesima,
Termenung sendiri,
Mengerah minda,
Mencari kebenaran.

Ada rupa,
Bagaikan dunia dia yang punya,
Lincah bergerak,penuh keyakinan,
Senang bila mata-mata memandang,
Ah,
Bahagianya dirasa empunya diri!

Nun di satu sudut kebenaran,
Sang mukminah termenung duka,
Bimbangnya dirasa,
Pabila dikata,dia punya rupa,,
Sebaknya hati bila ada yang mendekati,
Bertopengkan hawa nafsu,
Betapa rupa itu telah merenggut ketenangannya,
Mengocak keikhlasannya,
Menyerang hati-hati yang sakit,
Termasuklah hatinya.

Salahkah ada rupa?
Hatinya memujuk:”Bukan salahmu”,
Jika kau terus sabar bermujahadah,
Menyulam rupa dengan taqwa,
Akhirnya,
Sinar taqwa kan terang mengabui rupa,
Hingga memikat jiwa-jiwa,
Yang dahagakan kebenaran Ilahi,
Tika itu,
Rupa tidak lagi bererti,
Kerana yang manis itu,
Qurrotu’Aien…
gabungan taqwa juga keikhlasan,
terpancar sudah seri di wajah.

Cuma cabaran kau,
Sebagai yg dikatakan ada rupa,
Amatlah besar,
Sedikit sahaja kelalaian,
Neraka jawapannya.

Masakan tidak,
Sezarah riyak sudah cukup untuk,
Melemparkanmu ke dalam Jahim,
Wal’iyaazubillaah...

Rupa itu tidak penting,

Di mata Allah,
Ia hanya penting,
Di mata yang bersalut nafsu,
Dan kepentingan duniawi,
Mereka yg dikatakan kurang rupa,
Atau biasa-biasa sahaja,
Hakikatnya lebih beruntung,
Kerana yang akan tertarik dgn mereka,
Bukan kerana dorongan nafsu,
Tetapi lantaran akhlak yg mulia,
hati yang bersih,
dan keserasian rasa,
Itulah paksi kebahagiaan,
Yang bakal mengundang rahmat Ilahi.

Lalu persoalan di atas,
Kutemu jawabnya:
jika mereka mahu memilih soulmate,
Kerana paras dan rupa,
Kerana zahir semata-mata,
Ketahuilah!
Itu masalah mereka,
Dan bukannya kita sebagai wanita,
Merekalah yang akan rugi,
Dan bukannya kita
فاظفر بذات الدِّين تربت يداك

Justeru,
Usahlah kecewa,
Jauh sekali terkilan,
Bahkan bersyukurlah!
Kerana tidak bergelar wanita2 itu,
Lantaran suaminya kan terhina,
Di sisi Allah,
Lantaran pilihan bersandarkan rupa,
Dan bukannya taqwa,
Bukankah Zat Yang Maha Kuasa,
Menilai kita berdasarkan taqwa,
Yang pusatnya di hati?

Duhai wanita,
Duhai diri yang selalu tak sedar diri,
Rupa kan sirna,
Jelita tak ke mana,
Awet muda itu utopia,
Yang kekal mulia,
Bukan rupa yang pastikan sirna,
Tapi hati yang bersih,
bersinar memukau,
Serta menumbuhkan,
Pohon-pohon keikhlasanm
Dalam beramal,
Pohon akhlak persis al-Qur’an,
Juga buah ceria bersulam taqwa.

Baik yang punya rupa mahupun tidak,
Sama-sama perlukan persiapan,
Untuk menghadapi kematian,
Juga soalan-soalan munkar dan nakir,
Di alam barzakh,
Tika itu,
Bukan lagi persoalan rupa menjadi buruan,
Tetapi TAQWA,
MATI ITU PASTI,
SEDANGKAN RUPA SATU MIMPI YG NGERI,
BAGI HATI YANG TERHIJAB,
DENGAN SUBURNYA RIYA'.

Ya ALLAH,
Kami berlindung denganMu,
Daripada terpengaruh dengan nilai2 manusia,
Samada kami berbangga dengan rupa,
Atau gusar kerana ketiadaannya,
di mata manusia.

Kami mohon,
Rasa berbangga dengan keindahan iman,
Kesempurnaan Islam,
Kecantikan Taqwa,
Kerana itulah bekal sebenar,
Seorang hamba,
Yang sedang musafir,
Menuju keabadian di sana.
"وتزوّدوا فإنّ خير الزّاد التّقوى"

Nukilan: faqeerah ilayh
16-01-2007


Luahan hatiku

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau menjadi saksi akan setiap apa yang aku rasai...
Engkau Maha Mengetahui setiap cetusan rasa hati ini...
Perkuatkanlah aku dengan keimanan yang utuh kepadaMu, Ya Rabbi...
dan kurniakanlah aku kesabaran dalam menghadapi dugaan hari-hari yang mendatang...
Ya Ghaffar, Janganlah kerana pujian mereka menyebabkan aku diheret ke NerakaMu...
sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang mereka tidak ketahui..
Ya Rahman, ampunilah saudara-saudaraku itu, kurniakanlah mereka taufiq dan hidayahMu...
Agar mereka tenang dan bahagia...
Di dalam Rindu dan CintaMu...


Saturday, June 21, 2008

Berhati-hatilah dengan Panahan itu!

Selesai sudah 2 sesi workshop untuk postgraduate student minggu ni. Alhamdulillah, akhirnya ana berkesempatan juga memenuhi permintaan teman-teman seperjuangan yang ana kasihi. Teringat ana dengan persoalan yang ditimbulkan oleh seorang sahabat ana tentang bagaimana menghadapi situasi sekarang yang penuh dengan godaan yang menggugat keimanan diri yang kadang-kadang menyebabkan kita lalai dan lagha hingga terabai larangan-larangan Allah dan melanggar syarie. Kadang-kadang tanpa disedari kita juga tergoda dengan keindahan-keindahan yang hanya sementara di dunia yang fana ini.

Kebimbangan hal-hal sebegini pernah diluahkan oleh seorang pelajar arab pada ana. Dia tak senang melihat cara pemakaian kaum wanita sekarang yang agak menjolok mata, pergaulan bebas yang tidak ada batasan antara lelaki dan perempuan. Rasa kasihannya pada sesetengah kaum adam yang tidak kuat menahan godaan dari kaum hawa yang berpakaian tapi pada hakikatnya masih belum menutup aurat, pada lenggok badan dan suara yang sengaja dilunak-lunakkan. Bagaimana kita meneruskan kehidupan untuk menghadapi suasana-suasana begini? Adakah kita perlu mengasingkan diri dari masyarakat bagi mengelakkan godaan-godaan seperti ini?

Tidak. Secara nyata, Allah sebenarnya telah membekalkan kita bekalan yang secukupnya untuk menghadapi setiap ujian dan kesukaran dalam kehidupan kita. Arahan supaya kita menjaga pandangan bukanlah sekadar ‘fatwa’ dari sesetengah ilmuan yang di anggap ‘konservatif’ dari timur tengah. Sedangkan dengan jelas dan nyata telah ditegaskan dalam Al-Qur’an dan hadith Rasulullah s.a.w.

Kenapa Renungan Mata yang Penuh Bermakna itu Salah?

Kebanyakan dari kita ada yang tak pernah ketinggalan menonton drama-drama bersiri seperti Izora, atau asyik menghayati fantasi filem Bollywood ataupun seronok dengan rakan-rakan yang berlawanan jantina. Tak terfikirke kita kenapa renungan atau pandangan mata kita pada pada jantina yang berlawanan dengan kita adalah salah sebenarnya? Ingatkah kita tentang sabda Rasulullah s.a.w?

Rasulullah s.a.w bersabda:
Dalam diam-diam jelingan itu adalah panahan beracun Iblis. Siapa yang meninggalkannya kerana takutkan Allah nescaya akan Allah gantikan ia dengan iman dan dia akan memperoleh kemanisan dalam hatinya. (hadis riwayat at Tabrani dan al Hakim)



Oleh sebab itu, mengapa Rasulullah s.a.w samakan pandangan atau renungan mata yang mengandungi sesuatu maksud itu sebagai panahan beracun syaitan:
  1. Meracuni hati-hati kita

  2. Merosakkan niat kita

  3. Memberi harapan dan keinginan yang palsu

  4. Memesongkan persepsi atau tanggapan kita pada keadaan ‘realiti’

  5. Menghilangkan kekhusyukkan kita di dalam solat

  6. Menyebabkan kita rasa bersalah dan sedih yang berterusan

  7. Kadang-kadang menyebabkan tidur kita tidak nyenyak/lena

  8. Menjadikan hati kita lemah pada gangguan syaitan yang berterusan

  9. Menggalakkan sifat kepura-puraan (hipocrisy) wujud dalam diri

  10. Melemahkan daya ingatan

  11. Akhirnya mendorong kepada zina ( zina hati, mata, lidah, tangan dan seterusnya)

  12. Kesemua kesan-kesan di atas menghilangkan rasa takut dan cinta kita kepada Allah s.w.t

"Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan." [QS24. Annur ayat 30]

Ayat berikut juga turut di tujukan untuk wanita-wanita yang beriman.

5 Rahsia Faedah Jihad Melawan Godaan
  1. Ganjaran yang sangat besar dalam melawan godaan adalah peningkatan iman, nikmat yang hanya dapat dirasai oleh diri kita! Tingkatkan iman setiap masa kerana ia dapat menolong kamu melawan atau menahan perjalanan impian-impian yang hanya khayalan semata-mata.

  2. Bila kita betul-betul menggerakkan hati mengingati keampunan Allah, perintah dan suruhanNya; hatimu tidak akan senang bila kamu mengingkari perintahNya. Allah s.w.t akan memudahkanmu untuk keluar dari situasi-situasi yang menyulitkan tanpa penyesalan, tekanan dan kekecewaan.

    “... dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),” [QS65. Ath Thalaaq ayat 2]

  3. Ia juga turut memberi kesan yang sangat istimewa pada peribadi kita, kerana hati ibarat cermin dan keinginan-keinginan/impian-impian yg hanya sementara itu umpama kekotoran yang melekat di cermin tersebut, perubahan yang dipantulkan menunjukkan keadaan diri kita yang sebenar. Keluarga dan teman-teman pasti akan melihat kelainannya!


  4. Kekerapan penglihatan kita ke arah pemandangan yang melanggar syara’ lagi berbaur nafsu akan memenatkan dan merosakkan hati dan kedua-dua mata kita. Hati menjadi sakit dan tertahan selepas seketika. Bagaimanapun, bila mata dihalang daripada melihat pemandangan yang melanggar syara’, hati kembali merasa lega (daripada penyakit) dari tugas yang sangat sukar yang hampir mempengaruhi fikiran dan peribadimu.

  5. Rasulullah s.a.w pernah bersabda pada para sahabat:
    “Demi Allah! Barangsiapa yang meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah, nescaya Allah gantikan ia dengan sesuatu yang lebih baik dari itu!”

    Jika kita bersabar kat dunia ni, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik yang kita sendiri tak dapat bayangkan. Betapa indahnya bila kita tinggalkan sesuatu kerana Allah.

18 Cara untuk Menghadapi Hidup di Dunia yang Penuh dengan Godaan

Ya, ana akui memang sukar bila setiap masa kita berhadapan dengan pelbagai jenis godaan dan dugaan yang boleh menggugat keimanan diri. Tepuklah dada tanya iman, manisnya dugaan terasa bila kita anggap itu adalah ujian dan didikan dariNya. Dari papan-papan iklan di sekeliling, media massa mahupun media cetak yang penuh dengan imej-imej atau gambaran yang tidak syarie; penghias wajah media cetak yang terdiri dari lelaki ataupun perempuan dengan berpakaian yang sangat menggairahkan sesiapa yang melihat; atau penekanan yang berterusan secara halus mahupun terang-terangan dalam tayangan-tayangan filem yang mengandungi unsur-unsur seks (walaupun dalam Toy Story ataupun Spiderman!); atau pautan-pautan (link) pornografi di internet yang merebak tanpa kita sedari. Adakalanya kita sendiri menerima email-email yang yang tidak sepatutnya dari orang yang tidak bertanggungjawab walaupun email-email tersebut terus ke spam inbox. Bagaimana kita melindungi diri kita dari perkara-perkara begini?

  1. Jangan lupa pada kekuatan mengingati ALLAH (Zikir)! Ia adalah salah satu kekuatan yang sangat besar untuk melindungi diri kita. Sentiasalah berdoa kepada Alah s.w.t kerana dengan berdoa dapat membina ketaqwaan diri dan menjadikan kita sentiasa menitik beratkan soal apa yang boleh dilihat sebagai hiburan.
  2. Ingatlah tanggungjawab kita kepada ALLAH. Dalam Islam, kita sepenuhnya dipertanggungjawab atas setiap perlakuan atau perbuatan kita setelah mencapai umur aqil baligh. Mata kita akan menjadi saksi di akhirat kelak atas apa yang kita lihat di dunia malah setiap anggota badan adalah saksi kita. Maka jagalah amanah yang telah Allah berikan pada kita semua.

  3. Sentiasa menundukkan (memelihara) pandangan. Tapi janganla sampai langgar tiang lampu kat jalan pula! Menundukkan pandangan tidak bermakna kita tak boleh ada eye contact walaupun kita berjalan atau semasa kita bercakap dengan seseorang. Maksudnya kita sentiada menjaga atau memelihara atau mengawal pandangan kita. Jangan melihat pada lelaki mahupun perempuan yang bukan muhrim.

  4. Pilih tempat duduk yang betul. Bila kita ke tempat awam (cth kafe), pilihlah tempat duduk yang meminimumkan pandangan kita dan kalau boleh elakkan diri dari percampuran ramai antara lelaki dan perempuan. Dengan lebih tepat elakkan dari pandangan yang kita rasa selesa terutama bila melihat sesuatu yang menarik pada seseorang yang sedang melintas di depan kita – Sebab itu Rasulullah SAW pernah bersabda, "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)." (Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi)

  5. Bergaullah dengan orang-orang yang berperibadi mulia dan mempunyai kerendahan hati. Bila kita bergaul dengan orang-orang yang baik peribadinya, Insya Allah mereka akan mengingatkan kita supaya menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah.

    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda, “Seseorang itu mengikuti agama temannya, maka seseorang harus melihat dengan siapa dirinya berteman.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmidzi dengan isnad yang shahih. At-Tirmidzi berkata, “Hadith hasan”)

  6. Jauhilah diri dari kawan-kawan yang membawa kepada cerita-cerita yang tidak bermoral, hiburan-hiburan yang melalaikan, lawak jenaka yang berunsur lucah dll. Ana tak nafikan suasana seperti ini wujud. Sebab itu penting untuk kita menjauhi aktiviti-aktiviti tersebut. Setiap aktiviti-aktiviti tersebut adalah umpan-umpan syaitan pada hakikatnya. Syaitanlah yang menimbulkan idea ‘cinta pada luaran’ atau ‘cinta pandang pertama’. Teringat ana pada penyampaian Abu Munzir, “CINTA suci itu terlalu mulia takrifnya,ianya hanya layak untuk pasangan yg bergelar SUAMI ISTERI sahaja..'CINTA' sebelum kahwin itu bukanlah 'CINTA' namanya..tetapi NAFSU semata-mata::..~SYEIKH AHMAD FATHI ATTHOHIR”. Tambahan Abu Munzir lagi cinta yang di gembar-gemburkan sekarang; cinta sebelum perkahwinan bukanlah JATUH CINTA tetapi JATUH NAFSU. Kawan-kawan seperti ini akan membawa kita pada dunia yang penuh dengan khayalan dan harapan-harapan palsu, yang jauh dari realiti sebenar, sebelum ia terlambat! Oleh sebab itu sama ada kita menolong kawan-kwan kita berubah melalui nasihat-nasihat yang berhikmah atau kurangkan pergaulan kita dengan mereka.

    "Dan sesiapa Yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran Yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu Temannya Yang tidak renggang daripadanya." [QS43. Az-Zukhruf ayat 36]

  7. Elakkan dari pergi ke pusat membeli-belah dan taman-taman rekreasi berseorangan. Seboleh-bolehnya keluarlah dengan ahli keluarga atau kawan baik yang boleh menemani dan membantu mengingatkan kita agar menjaga pandangan daripada billboard atau papan iklan yang memaparkan model-model dengan posing dan pakaian yang menggairahkan. Keluarlah bila hanya kita rasa perlu untuk keluar.

  8. Layari internet atau tontonlah TV bila ada orang di sekitar. Kadang-kadang tanpa kita sedar godaan dan potensi untuk kita curi-curi melihat gambar-gambar yang tidak elok adalah tinggi bila kita bersendirian menonton TV atau melayari internet. Target utama syaitan adalah orang yang sentiasa bersendirian! Cuba leakkan diri menonton TV hingga lewat malam dan melayari internet tanpa tujuan.

  9. Jangan sesekali ‘Tak dak apa nak buat!’ Syaitan suka pada orang yang ‘kebosanan dan malas’. Jika kita rasa bosan, apa kata kita tolong mak kita basung pinggan ke buang sampah ke atau kita baca buku-buku tentang sirah, agama, dll.

    "Dan belanjakanlah (Apa Yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke Dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya Segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berusaha memperbaiki amalannya." [QS2. AlBaqarah ayat 195]

  10. Menjadi Sukarela dalam organisasi-organisasi Islam. Salah satu cara jihad melawan suasana yang tidak bermoral adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang sihat dalam komuniti contoh menjadi sukarelawan/wati dalam membantu mangsa-mangsa banjir, saudara-saudara baru (mualaf). Penglibatan kamu dengan aktiviti-aktiviti tersebut bersama jalinan ukhuwah dari sahabat/sahabiah yang sama-sama berjuang untuk kebaikan. Keadaan ini menjadikan minda, tenaga dan pemikiran kita jauh dari fokus kepada benda-benda yang Haram.

  11. Baca, Baca dan Baca! Jom kita baca sebanyak yang mungkin buku-buku dan artikel-artikel yang berkaitan Islam. Jangan lupa Al-Qur'an, apa kata kita fahaminya. Membaca membuatkan fikiran dan mata kita sentiasa sibuk! Ia sekaligus menjadikan kita cenderung untuk hidup dalam suasana Islam dan turut mengukuhkan hubungan kita dengan Allah.



  12. Sentiasa mengingati bahawa kehidupan dan kecantikan di dunia hanyalah sementara dan kehidupan di akhirat adalah kekal abadi.

    Dari Anas Radhiyallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah, tidak ada kehidupan melainkan kehidupan akhirat.” (Muttafaq alaih)

  13. Sentiasa memerhati alam ciptaan Allah dan mengaitkan dengan kehidupan (berfikir) untuk menguatkan kekuatan diri dan mengawal hawa nafsu. Rasulullah SAW menggalakkan kita berfikir dan menjadikan ia sebagai satu kebiasaan (habit).

  14. Jika kamu mampu dan bertanggungjawab, maka kahwinlah kerana Allah. Ia merupakan salah satu perkara yang paling berkesan, adakalanya sangat mencabar sebagai salah satu cara atau mekanisma untuk melawan godaan-godaan sekeliling. SabdaRasulullah SAW, "Wahai golongan pemuda! Barangsiapa diantara kamu mampu berkahwin, hendaklah dia berkahwin; kerana yang demikian itu menundukkan pandangan dan amat memelihara kehormatan tetapi barangsiapa tidak mampu berkahwin, maka hendaklah dia berpuasa, kerana (puasa) itu menahan nafsu baginya."
  15. Khas untuk brothers, INGATLAH IBU, KAKAK dan ADIK PEREMPUAN KAMU. Menjijikkan kan? Betul! Tak munasabahkan orang yang melihat atau memandang ibu atau kakak atau adik perempuannya seperti mana dia melihat/memandang kebanyakan perempuan di media-media massa dan cetak atau sepertimana dia memerhatikan saudara muslimah dalam seharian mahupun dalam majlis-majlis ilmuan dll. Jika semua kaum lelaki berfikir dulu apa yang akan dia rasa jika perkara yang sama dilakukan oleh kaumnya sendiri pada ibu, kakak atau adik perempuannya tentu akan menjadikan kamu rasa sakit, geram dan seterusnya berhenti memandang dengan pandangan yang berbaur nafsu. Insya Allah.

  16. Ingatkan selalu dirimu pada kematian dan hari Qiamat. Ingatlah selalu pada kematian dan tentang apa pun kejadian setelah kematian (termasuklah hari Qiamat) sepertimana yang diberitakan oleh Nabi Muhammad SAW.

  17. Tingkatkan amalan yang baik. Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah, dan Abu Abdurrahman Muadz bin Jabal Radhiyallahu Anhuma, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda, “Bertaqwalah engkau kepada Allah di mana saja engkau berada. Sertailah (tutuplah) keburukan itu dengan kebaikan, nescaya kebaikan tadi akan menghapuskan keburukan, dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik.” (Diriwayatkan At-Tirmidzi. Dan ia berkata, “Hadith ini hasan”)

  18. Menyesal dan kembalilah kepada Allah s.w.t. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-hambaNya yang kembali(bertaubat) kepadaNya dan berjanji tidak akan mengulangi dosa-dosanya.

    “Dan Wahai kaumku! mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu Yang sedia ada; dan janganlah kamu membelakangkan seruanku Dengan terus melakukan dosa!” [QS11. Huud ayat 52]


Terjemahan dari “Watch out for that Arrow!” karya Morshed Abdul Ala.

Rujukan:
1. Syarah Riyadus Shalihin, karya Syaikh Muhammad Al-Utsaimin
2. Hadith 40, karya Iman An-Nawawi

Saturday, June 14, 2008

ISABELLA : A GIRL OF MUSLIM SPAIN

A NOVEL BASED ON A COMPARATIVE STUDY OF ISLAM AND CHRISTIANITY



Description:

Isabella. A young girl, Isabella, the daughter of a Catholic Cardinal overhears two Muslims discussing their religion and is fascinated by what she hears. An inspiring and gripping story of a young Christian girl's courage who embraces Islam and faces the anger and treachery of her father and the church. This book is fast paced and a great reading experience. Now, while it is unfortunate that Muslim students do not have the opportunity to read Islamic literature in school, giving Isabella to a teenager at home is a great way to get them to read the classics, Islamic classics A real Muslim heroine for young girls.

(who want soft copy of this novel can contact me and don't forget to leave your email)

Soft copy of this novel available in English and Malay translation.


Friday, June 13, 2008

BAHAGIA DICELAH-CELAH UJIAN



Bila ujian datang pada kita, eloklah kita bertanya pada diri kita semula. Mengapa ALLAH takdirkan segala kesusahan itu? ALLAH hendak tunjukkan pada kita bahawa manusia yang paling kita sayang pun boleh mengecewakan kita. Apatah lagi manusia yang kita tak sayang. OLeh sebab itu, manusia bukan sandaran atau tempat pergantungan yang tepat untuk kita, hanya ALLAHlah tempat pergantungan sebenar hidup kita. Bagaimana sulit sekalipun hidup kita kalau pergantungan kita hanya pada-Nya, segala derita akan terasa ringan dan mudah untuk dihadapi. Tapi kaLau bukan DIA sebagai tempat pergantungan, ujian yang datang akan terasa sebagai pencabut bahagia..

Setiap kali datang ujian yang menguji diri kita, terimalah, terimalah dengan ingatan bahawa itulah kasih sayang ALLAH.


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَ (٢
وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ (٣


2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta. [QS29.Al Ankabuut ayat 2-3]

Kata Ibnu Atoilah al-Askandari, seorang sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ’mehnah’ –maksudnya didikan terus dari ALLAH. Apa saja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus dari ALLAH. Ahli sufi itu menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari ALLAH (mehnah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Atoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Semuanya berlaku dengan izin ALLAH. DIA hendak membuang sifat ego dan pemarah yang bertakhta dalam hati kita. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik. Sama ada baik atau buruk, itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan.
Bila ALLAH memilih kita untuk diberi taufik dan hidayah-Nya, sengaja DIA datangkan masalah untuk menguji sejauh mana ikhlasnya rasa kehambaan kita kepada-Nya. Segala cubaan, dugaan dan fitnah dunia adalah ujian dari ALLAH untuk menghapuskan dosa-dosa yang pernah kita lakukan. Hidup ini bagai satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada kalanya, gelombang kecil dan tenang dan ada kalanya gelombang yang datang itu besar dan ganas. Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah.

Justeru, selalulah berdoa dan tanamkan rasa syukur kepada-Nya. Kerana ALLAH masih sayang dan mahu menerima serta memilih kita untuk mendapat Taufik dan Hidayah-Nya, diwaktu ramai lagi manusia yang terus lalai di ulit dosa. Insya Allah dalam keperitan hidup yang dilalui; bila ALLAH sentiasa di hati, jiwa akan tenang dan damai. ALLAH pasti akan menitipkan BAHAGIA DI CELAH-CELAH UJIAN itu..

Thursday, June 12, 2008

BUKANKAH MATI SYARAT MENEMUI CINTA?

Kita kerap mendamba,
Mencari, menginginkan cinta…
Kita sering mendabik dada,
Melaungkan dengan penuh ‘izzah,
Bahawa cinta kita ialah Allah..
Itulah cinta suci kita,
Asas segala cinta.

Tiba-tiba,
Datang satu masa,
Yang telah ditetapkan,
Yang mungkin tak pernah kita jangkakan
Mengejut sekali hadirnya,
Pintu kehidupan pun diketuk…
Oleh utusan Allah,
Bertanya khabar,
Membawa satu kepastian,
Bahawa masa kita telah tiba.




Ah!
Rupa-rupanya mati itu pasti,
Tidak dapat dielak lagi,
Gerunnya terasa,
Hati mula diulit resah.

Oh diri,
Itukah diriku,
Di mana keyakinanku?
Bahawa mati itu indah?
Lantaran ia syarat menemui cintaku?
Wahai diri,
Kenapa kau takut mati?!
Bukankah mati itu,
Syarat menemui cinta?

Kurenung semula diri,
Aku bermuhasabah,
Ya,
Kutemu jawapannya,

Aku takut mati,
Kerana dunia sudah memasuki hatiku,
Aku gagal menyatukan teori dan praktikalku,
Dunia matlamatku,
Bukan akhirat
Aku masih rasa sayang dengan dunia,
Rasa dekat dengannya,
Rasa aman dan selesa dengannya,
Cinta manusia masih lagi mengatasi cinta Penciptanya,
Aku acapkali gagal,
Meletakkan akhirat sebagai matlamat,
Dalam setiap tindakanku,
Belajar untuk dapatkan akhirat,
Berkawan juga begitu,
Bernikah juga utk akhirat,

Tak hairanlah,
Saat itu,
Kegusaran kan memenuhi jiwa,
Tapi, saat ini,
Aku masih belum terlambat,
Kerana masih diberi peluang olehNya,

Selagi kau masih bernafas,
Selagi nyawa belum sampai di tenggorakmu,
Kau masih punya waktu,
Usah berlengah lagi,
Ayuh,
Campaklah dunia jauh-jauh daripada hatimu,
Dunia dicari bukan utk diletakkan di hati,
Tapi di tangan.


Benarlah kata junjungan mulia,
“Hati itu berkarat,
Sepertimana berkaratnya besi.
Ujar sahabat kebimbangan:
Bagaimana kami mahu mengikisnya wahai kekasih Allah?
Tilaawatul Qur aan wazikrul maut
Bacalah kalamNya
(Paling tidak dengarlah),
Dan ingatlah selalu kematian.

Kau pasti menemui mati,
Itu janji Pencipta,
كل نفس ذائقة الموت,

Ah,
Diriku,
Dirimu,
Bersediakah dikau?!

Buat kesekian kali,
Aku membisikkan pada diri,
Kenapa kau takut mati?
Bukankah mati itu,
Syarat menemui cinta?

Lalu,
Rindu dan takut seharusnya bertemu,
Bersatu,
Hakikat kepastian mati,
Yang dapat dirasai,
Dihayati dalam setiap gerak-geri,
Menjadi motivasi tertinggi,
Seorang mukmin,

Maka lepaskanlah perasaanmu….
Usah ragu lagi,
Hatiku, hatimu,
Mataku, matamu,
Menangislah,!
Menangislah keharuan,
Kerinduan,
Ketakutan,
Selagi tangisanmu masih lagi berguna,
Buat meraih cintaNya.


Nukilan mayyitah:
(innaka mayyiton,wa innahom mayyituun)
14/02/07- 2pm.

Al-Fatihah Buat Arwah Adam Muhammad (ex-Sek.Men.Keb. Raja Tun Uda n Almashoor (L), Penang)

Assalamualaikum..
Sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah buat arwah Adam Muhammad yg baru menghembuskan nafas pada pagi 12/06/2008. Jenazah arwah di sembahyangkan di Masjid USM, dan selamat di kebumikan selepas solat zohor.
Al-Fatihah..Moga Rohnya di tempatkan di kalangan org soleh..ameen

Monday, June 9, 2008

BICARA HATI (Cabaran Pendidikan Remaja)

Penceramah: Ummu Munzir
Tarikh : 20/4/2008

Niat dan Tujuan Pendidikan Anak-anak

  • Niat dan tujuan untuk melaksanakan sesuatu taklif adalah sangat penting terutama dalam mendidik anak-anak.
  • Persandaran hati kita mestilah 100% kepada Allah s.w.t dari titik permulaan hingga ke akhirnya (Iaitu dari saat anak itu berada dalam kandungan hingga Allah mengambil kembali hak-Nya).
  • Sesungguhnya Allah itu merahmati seseorang yang membantu anaknya berbakti kepada-Nya (Allah s.w.t).

    Q: Bagaimana?
    A: Seorang ibu atau bapa yang menerima/redha dengan sedikit perubahan yang ada pada anaknya. Seorang ibu atau bapa yang boleh memaafkan pada sesuatu perkara yang susah atau sukar bagi anaknya. Dia juga tidak membebani anak-anaknya dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Malah dia tidak memaki anak-anaknya.

Bagi seorang yang benar-benar meletakkan sandarannya hanya kepada Allah s.w.t semata-mata; apabila dia melaksanakan taklif robbani samada tercapai atau tidak taklif yang dilaksanakannya itu, dia sama sekali tidak akan kecewa atau menyesal. Baginya bersabar itu adalah sesuatu yang lebih indah.

"...Maka (kesabaranku) adalah kesabaran yang baik...” [QS 12:83]

Pendapat dari Sister Kamaliyah

  • Setiap anak itu mempunyai sifat yang berbeza-beza.
  • Mengikut pengalaman beliau yang mempunyai 7 org anak, sister kamaliyah memberi perumpamaan dengan melakukan 7 solat hajat yang tuk 7 orang anak kerana perwatakan dan sifat ketujuh-tujuh anak adalah berbeza.
  • Usaha disertakan dengan doa adalah perlu dalam membentuk anak-anak.
  • Doa bukan untuk mendapat anak yang soleh/solehah tapi untuk anak-anak mendapat taufiq dan hidayah-Nya itu adalah yang lebih baik. Bila anak-anak mendapat taufiq dan hidayah-Nya sekaligus menjadikan anak-anak itu soleh/solehah.

Menurut Ummu Munzir lagi..

  • Jangan sekali-kali berputus asa dalam berdoa untuk anak-anak. Nabi Allah Yunus a.s sendiri 40 tahun berdoa kepada Allah semasa berada di dalam perut ikan nun baru dimakbulkan Allah s.w.t.Inikan pula kita hanya manusia biasa.

    Niat lazimnya terbahagi kepada dua:

    Ø Tujuan
    Ø Iradah (yang mendesak untuk ke arah sesuatu)
    Janganlah kita marah anak-anak disebabkan kita malu kepada manusia tapi marahlah anak-anak sebab kita malu kepada Allah s.w.t.






Soalan dari Ummu Muzakkir
"Bagaimana kita caranya kita dapat memudahkan anak-anak perempuan kita yang bakal walimah untuk handle masa depan dengan mempunyai bilangan anak yang kerap dengan ditambah tanggugjawab untuk berdakwah?...”

Jawapan untuk pertanyaan Ummu Muzakkir dari Ummu Ridhwan

  • Anak-anak itu adalah ujian dari Allah s.w.t dan,mereka juga adalah ibarat perhiasan.

    "Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu adalah cubaan (bagimu), dan di sisi Allah pahala yang besar.” [QS 64:15]

    "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan Barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” [QS 63:9]

Jawapan dari Ummu Munzir untuk persoalan Ummu Muzakkir

  • Anak-anak adalah anugerah Allah untuk hamba-hambaNya. Bagaimana kita menjaga anugerah dan amanah Allah s.w.t.

  • Sama-sama kita selusuri sirah para tabiin; kisah saidatina Asma’ (isteri Zubair al awwam). Saidatina Asma’ mempunyai 7 orang anak lelaki yang dilahirkannya hanya jarak 1 tahun tapi saidatina asma’ mempunyai kesempatan berjihad di jalan Allah s.w.t.

  • Tempat luahan hati dan rasa yang sepatutnya adalah Allah s.w.t..DIA adalah sebaik-baik pendengar dan tempat mengadu.

  • Jangan menunding jari pada orang lain atas apa yang berlaku ke atas anak-anak tapi tundinglah pada diri sendiri.

Kesimpulan

  • Hargai yang sedikit pada anak-anak

  • Maafkan kesulitan mereka

  • Jangan bebani anak-anak

  • Jangan memaki-maki mereka (cth bodoh, lembab dll)

Thursday, June 5, 2008

Dust Is My Bed = فرشي التراب

video

Bersediakah kita untuk menemuiNYA?

RUJUKAN Abu Munzir untuk 'CABARAN PENDIDIKAN REMAJA'

'Living With Teenagers'


'Living With Teenagers' by Ruqaiyyah Maqsood- Ta-Ha Publications Ltd. 1995


A companion volume to the above. Advice for those who have to live and cope with teenagers (including the teenagers themselves!). Good tips on assertiveness training for parents, and realistic aims and expectations.

ISBN: 1 897 940 28 9. 143pp.
Price: £3.50

'For Heaven's Sake'



'For Heaven's Sake' by Ruqaiyyah Maqsood- Ta-Ha Publications Ltd, 1994

Advice for Muslim teenagers struggling in today's western world. How to cope and survive parents, school, the home, at play etc.

ISBN: 1 897940 17 3. 118pp.

Price: £2.95

Now republished with the new title 'Muslim Teenagers Coping'

ISBN 1 842000 48 9. 85pp.

Price: $5.95

'Muslim Teenagers Coping'

'Today's Worry Tomorrow's Hope'


'Today's Worry Tomorrow's Hope' by Dr. Ekram & Mohamed Rida Beshir - Amana Publications, 2001

Description:

In their second book about raising children, Dr. Ekram Beshir and Mohamed Rida Beshir tackle the important issue of raising Muslim teens in a non-Muslim society. Muslim Teens does not dwell on dry theory and textbook-like problems. Instead, it discusses real concerns and fears. With their characteristic clarity and pragmatic approach, the Beshirs help parents understand the teenagers' world - a world of conflicting values and tremendous peer pressure - while showing them how to overcome seemingly impossible obstacles to raise confident young adults who are willingly and joyfully convinced about their way of life.

The book is packed with valuable information presented in a simple and easy-to-read manner. Following the concept of the importance of knowledge in Islam, the authors complement all advice and guidance offered with references from the Qur'an and Sunnah. They also include a wide range of input from professionals in various fields on the psychological, physical, and spiritual aspects of teen life.

The book emphasizes the need to understand teenagers and the bewildering changes they undergo during this stage of their life. Readers are given a detailed picture of the teen subculture in North America in order to raise their awareness of the problems faced by today's teens. They are then shown a 'road map' of the solution using important parenting techniques, such as being an approachable friend to their children, actively participating in their children's life, and using proper methods to ensure a teen's strong and confident personality. The rest of the book delves into the details surrounding these and other important techniques, as well as providing practical case studies, where parents can test their new knowledge on realistic situations. The authors' analysis of the problems, as well as possible solutions, are provided as a reference.

Muslim Teens is a comprehensive, solution-oriented book that allows parents to fulfill the trust of raising their teens in a systematic and tested way, based on guidance from the Qur'an and the teachings of Prophet Muhammad, peace be upon him. It truly gives parents an opportunity to turn today's worry into tomorrow's hope.
ISBN: 1590080041Pages: 252
Price: $13.99

CABARAN PENDIDIKAN REMAJA

PENCERAMAH : ABU MUNZIR
Tarikh : 20 April 2008
Editor Tambahan: Fatimahtuzzahrak


ADAKAH REMAJA SEMEMANGNYA BERMASALAH?

Syeikh Said Ramadhan AlButi telah menulis:
“Remaja sebenarnya bukanlah bermasalah tetapi masyarakat di mana mereka membesar itulah yang bermasalah. Masyarakat tidak mengambil pendidikan dari remaja; sebaliknya remaja yang menerima pendidikan daripada masyarakat.”

Anak-anak sepatutnya di didik mengikut zamannya bukan dengan membanding-bandingkan dengan zaman kita. Zaman anak-anak sekarang adalah zaman millenium, era globalisasi di mana maklumat hanya di hujung jari berbanding zaman ibu bapa pada era 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. Pada zaman ibu bapa televisyennya masih hitam putih, kalau yang sudah berwarna pun masih belum ada astro yang macam-macam ada...Kalau ada internet pada zaman 90-an pun mana sampai ada streamyx dan broadband lagi nak main download-dowload pakai torrent dan sebagainya.

SIAPAKAH REMAJA?

Dalam sebuah Kitab Tafsir dinyatakan:
"Bodoh, dusta, tak terpuji, tergesa-gesa. Ini adalah keadaan remaja apabila tidak mendapat tarbiyyah yang baik, yang menjadi dewasa hanya dengan menurut hawa nafsu yang sedang meledak..."

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum sepenuhnya mencapai alam kedewasaaan. Dalam bahasa omputih orang kata 'I’m no longer a boy/girl but not yet a man/woman.' Proses transisi ini umpama proses perubahan cecair (cth : air) kepada wap, maka molekul-molekul pertukaran ini menyebabkan ketidak stabilan disebabkan pergerakannya adalah cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, mereka sedang melalui perubahan psikologi dan fisiologi yang cepat. Pada saat jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen yang berada dalam diri mereka sedang bergolak. Mereka tercari-cari identiti sendiri malah role model yang harus di ikuti. Takah usia yang tidak stabil membuatkan mereka inginkan kepada kebebasan tetapi masih tidak memiliki himpunan pengalaman untuk berperanan secara bebas dan merdeka dalam masyarakat. Sedangkan dalam masa yang sama mereka masih memerlukan kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa dan golongan dewasa.

Di tahap ini mereka mengalami dan menemui pelbagai situasi dan keadaan dalam suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, sempadan dan teladan. Maka lahirlah mereka dengan pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa yang memberi kesan dalam pembentukan peribadi mereka.

Menurut Abu Hassan Annadawi:
"Penjagaan kita tidak ada ertinya jika mereka menjadi bahan bakar api neraka."


Apakah hal-hal yang kita lihat sebagai masalah remaja?
Mai kita tulis tengok apa dia yang kita rasa atau anggap tu masalah remaja ni terutama yang umur 13 tahun ni sampai umur 21 tahun..

Fenomena Kejiwaan Remaja

Jom kita perhati anak-anak kita yang remaja..Kalau yang macam ana ni..ana ajak la jom kita tengok adik-adik kita sebab ana pun pernah lalui zaman remaja jugak..Pembaca semua pun pernah rasa jugakkan? Cuma tahun dan zaman ja lain..Betul tak?

Fenomena Biasa:

  • Suka menyendiri
  • Malas/tak mahu beraktiviti di rumah
  • Selalu bosan
  • Sering membangkang
  • Menentang kekuasaan (authority)
  • Cenderung kepada kaum berlawanan jenis dan permasalahan seks
  • Mengelamun
  • Rasa malu yang berlebihan
  • Kurang yakin diri
  • Sangat kuat beremosi (emotional)

2 Faktor yang mempengaruhi remaja

  • Pertumbuhan dan perkembangan fisiologi dan kejiwaan
  • Persekitaran dan pendidikan

Persoalan yang perlu kita renungkan

  1. Sering berbincang dengan putera/puteri anda mengenai mereka
  2. Adakah anda meyakini kepentingan perbincangan yang tenang dengan putera/puteri anda?
  3. Adakah anda sering menggunakan ’kuasa’ anda sebagai ayah/ibu untuk memaksa pendapat anda atas mereka?
  4. Adakah anda membahagikan perbincangan menurut jantina?

Institusi yang menyebabkan kerosakkan

  • Rumahtangga
  • Institusi Pengajian Tinggi
  • Media Massa

Kepincangan dari institusi-institusi ini juga turut menyebabkan remaja yang baik juga terabai.
(refer to article 'Challenges Facing Parents!')


Pendidikan yang perlu dilalui oleh mereka

Tanamlah maghrifatullah, mahabbahtullah dan taat pada Allah dalam diri anak-anak.

Dalam mendidik anak-anak remaja kita memerlukan murabbi yang berkemampuan untuk membentuk peribadi remaja yang soleh/solehah.

Teaching Teenagers: Understand and Encourage (useful reference)

Wednesday, June 4, 2008

Challenges Facing Parents!

The Holy Qur’ân states:
O Allâh! Grant that our spouses and offspring be the coolness of our eyes and cause us to be a model for the righteous.


One of the most challenging and daunting tasks we face as parents is to develop a meaningful relationship with our children. Teenage years have historically been a difficult period for most parents. Struggling to find their own place in the world, teenagers often rebel against the ways of their parents. Alcohol, drugs, and illicit sexual activity are but some of the hazards they encounter in their quest for independence, joy, and adventure.


  • Every year 3.4 million kids try drugs, and half a millionattempt suicide in the United States.

  • Twenty percent of children in the United States ages 6-12 have not had a 10-minute conversation with a parent in a month. Their conversation is with TV, which acts as their mother, father, baby-sitter, and teacher. By the time they are teens, children have seen an estimated 18,000 violent murders on TV. This is family life in USA. "Something is wrong with the entire American family," writes Martin Marty, professor at the University of Chicago in the Los Angles Times. "One has the weird sense that America is a country with many children but without adults."

  • Nabî Sallallâhu 'alayhi wasallam ‘Every child is born on Fitrah (a natural inclination towards Islam). It is his parents who turn him towards Judaism, Christianity or
    fire-worship’.
    (Mishkât).


Every child is born in a state of pure innocence. It is his social upbringing, the values that his/her parents display that impact and influence his identity. Parents have an enormous responsibility in moulding the character of their children. If they build a strong, trusting, and loving relationship with their children before the teenage years, their children will be less likely to go astray. Children can be a source of enormous tranquility and self -fulfillment yet they can become the root of the greatest heartbreak, pain and sorrow. The very child that provides joy and happiness can also produce the greatest hurt and sorrow. Our great dreams for our children could suddenly turn into unimaginable nightmares. It has happened to Muslim families and can happen in our own homes. This is, of course, a very frightening thought for most parents. Some will merely say that: “it won't happen to my child.” A responsible parent will accept the stark reality and look for ways to prevent such tragic occurrences. It is therefore important that parents adequately prepare to develop a long lasting bond with their children. If you
fail to prepare than be prepared to fail! The following guidelines may help us meet the daunting task of rearing our children so that they may in the words of the Holy Qur’ân ‘become the coolness of our eyes’.


  • Lead by example: We should never permit ourselves to do anything that we are not willing to see our children do. We have to set the example. The Holy Qur’ân states: O’ You who Believe! Why do you say things that you yourself do not do?” Teenagers hate hypocrisy, and many of them seem to have built-in radar for detecting it. If we want them to listen to us and take our advice, they must trust us. If we tell them not to drink, but drink ourselves, they will not respect us. If we do not frequent the masjid ourselves, how can we expect them to be regular in their salâh? Children do not need to be told as much as they need to see a role model.
  • Treatment of our spouses: Parenting has less to do with what we say to our children and more to do with how we treat our spouses in their presence. Never argue with your spouse in front of the neither children, nor insult or treat him/her with disrespect. Children learn more from what they see than from what they hear.
  • Sympathetic ear: The single greatest challenge that we have as parents is to provide a protective home environment, where they find a father who understands and a mother who listens. They feel secure enough to discuss their emotional needs with their parents. A home where they feel secure from being shouted at for daring to honestly communicate
    their emotional needs. Ibn Majah reports on the authority of ‘Ibn Abbâs Radhi-Allâhu ‘anhu that the Messenger Sallallâhu 'alayhi wasallam said: "Honour your children and strive for excellence in their education". Honour their feelings, praise them, encourage them and educate them.


Avoid at all costs the following negative C’s:


  • Competition: we unduly exert pressure on our children to perform beyond their capabilities. As a result they feel hopeless and stop believing in themselves.

  • Comparison: as a way of criticism breeds resentment and dents the confidence and self worth of an individual.

  • Contempt: when we treat them with disrespect, calling them names and continually insulting them.

  • Consumerism: where we compensate for the lack of time we spend with them with material gifts. Where we buy their respect and obedience instead of securing their obedience through companionship.


In her book ‘Living With Teenagers: A Guide for Muslim Parents’, Ruqaiyyah Waris Maqsood writes: "Teenagers are idealists---they want to change the world, and make it a better place. These are not bad ideals, and it is a great pity that adults have forgotten their own ideals in the rat race of daily life. You, the parent, may have ended up as just a hard-working nonentity in some quiet niche in life; a teenager who is a real idealist may end up as a famous person, a reformer, a politician, an aidworker ---who knows. The future lies there before them. It is therefore a foolish parent who tries to ridicule and trample on that young idealism. If it is consistent with Islam, it should be fervently encouraged, and not set at nought." If a teenager is
idealistic and wants to improve the world, we should encourage him and help him. If he if full of zeal but lacks the proper direction, we should help him to use that zeal constructively. If we get teenagers involved in helping those in need, community projects and in working for important causes, their zeal could make a tremendous impact.



May Allâh grant us the ability to fulfil and discharge our responsibilities as parents.




Prepared by: Jamiatul Ulama and Jamiatul Ulama (KwaZulu-Natal)

Tuesday, June 3, 2008

Cukuplah Wahai Nafsu

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..

Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)

Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

Perumpamaan Orang yg mengumpat (ghibah)

video

Nauzubillah..Ya Allah jauhkanlah diri ini dari melakukan ghibah