Friday, November 28, 2008

Menyemarakkan Pengislahan Masyarakat

Penceramah : Dr. Azizan bin Ahmad, Naib Presiden HALUAN Malaysia.
Tarikh : 26 November 2008
Diedit oleh Fatimahtuzzahrak binti Mohamad

Definisi

Semarak

Semarak dikatakan sebagai semangat iaitu sesuatu yang bukan solid atau tetap. Dalam erti kata lain bukan sesuatu yang berterusan. Dalam tarbiyyah, semarak disebut sebagai syu’ur.

Islah

Islah bermaksud memperbaiki.

Masyarakat

Masyarakat iaitu sesiapa yang berada di sekeliling kita dan setiap daripada mereka mempunyai sifat yang berbeza-beza.

Di sinilah peranan kita sebagai Khalifah Allah iaitu mendekati masyarakat dan memperbaiki mereka walaupun pada pandangan orang sosiologi; ‘Mereka(masyarakat) dah memang begitu’. Orang sosiologi menerima masyarakat seadanya dalam erti kata tidak kisah andai mereka itu kurang aqidahnya, jahil, mempunyai masalah sosial dan sebagainya.

Mengapa Tajuk ini Penting?

Kerana tidak mungkin kita boleh menghindari diri kita dari hidup bermasyarakat. Masyarakat adalah sumber pahala kita.

Seseorang mungkin boleh berzikir sepanjang hari untuk mengutip pahala tapi pahala yang diperolehinya berbeza dengan orang yang berda’wah pada orang lain (masyarakat amnya).

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٠٤


dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang beruntung. [QS3. Ali ‘Imran ayat 104]

Islah = kerja …

Islah sama dengan kerja siapa? Islah sama dengan kerja para Rasul

Tidak diutuskan para rasul itu selain adalah untuk memperbaiki umatnya. Rasulullah S.A.W merupakan rasul yang terakhir diutuskan untuk seluruh umat manusia. Firman-Nya:


لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٢٨

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), berat terasa olehnya penderitaanmu, yang sangat menginginkan (keimananan dan keselamatan) bagimu, (dan) amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang-orang yang beriman. [QS9. At Taubah ayat 128]

Tidak terasa beruntungkah kita apabila dapat meneruskan kerja-kerja pengislahan masyarakat? Yakni kita meneruskan kerja para rasul.

Satu kajian pernah dijalankan di Malaysia untuk menilai berapa banyakkah bilangan rakyat Malaysia yang betul-betul berkehendakkan menjadi seorang penyelidik (researcher). Hasil dari kajian yang melibatkan 10,000 orang rakyat Malaysia hanya 23 orang sahaja didapati betul-betul mahu menjadi seorang penyelidik. Mengapa ini yang berlaku? Terdapat berbagai-bagai alasan yang telah dikemukakan oleh mereka salah satunya adalah untuk menjadi seorang penyelidik ini memerlukan komitmen yang berterusan dan terdapat kemungkinan-kemungkinan risiko yang perlu dihadapi para penyelidik.

Cuba kita bayangkan andai 23 orang itu adalah orang yang betul-betul mahu untuk melakukan kerja-kerja pengislahan masyarakat. Tak rasa sedihkah kita dengan angka yang sebegitu dari bilangan 10,000 orang? Bagaimana pula dengan bilangan orang yang betul-betul komited dengan kerja-kerja sebigini yakni mereka itu para penda’wah? Bilangannya mungkin kurang dari 23 orang.

Marilah kita sama-sama menelusuri sirah Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W bagaimana sifat baginda terhadap umatnya. Tidak lupa juga sifat sahabat baginda iaitu Saidina Umar al-Khattab terhadap rakyatnya ketika beliau menjadi khalifah menggantikan Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang kembali menemui Allah S.W.T. Malah mari kita lihat sejarah As Syahid Hassan Al Banna; bagaimana sikapnya terhadap masyarakat sekelilingnya.

BAGAIMANA DENGAN KITA?

BANGUN PAGI... SIAPA PEDULI TENTANG MASYARAKAT?

Tanyalah kembali diri kita. Bagaimana sikap kita pada masyarakat? Adakah kita bangun pagi, kita terfikir tentang mereka atau kita hanya sekadar menjalankan rutin seharian kita seperti biasa?

Da’wah = Intipati

Apabila kita melihat masyarakat, ingatlah intipatinya adalah da’wah.

Manusia dinilai dengan apa yang mereka buat atau lakukan...

Makin bernilai seseorang adalah bergantung pada apa yang mereka lakukan atau sumbangkan tidak kiralah pada individu-individu tertentu, perkumpulan mahupun masyarakat umumnya.

Tanda-Tanda Kepincangan

- Aqidah - Pendidikan
- Ibadah - Ekonomi
- Ilmu - Politik
- Akhlak - Sosial

Kesemua perkara di atas bermula dari kepincangan Aqidah dan berakhir kepada permasalahan sosial.

Kefahaman Terhadap Deen (agama)?

Semakin tinggi kemajuan, semakin kurang keyakinan terhadap deen?!

Terhakisnya keyakinan terhadap deen dalam masyarakat membawa kepada pelbagai permasalahan sosial dalam kehidupan.

Sikap kita???

Bagaimana sikap terhadap permasalahan yang berlaku dalam masyarakat?

Dengar Sahaja???

Adakah kita hanya mahu menjadi pendengar setia (a good listener)? Mendengar tanpa mengambil sebarang inisiatif terhadap apa yang berlaku?!

Penonton???

Adakah kita hanya mahu menjadi penonton-penonton setia seperti tayangan-tayangan yang di layarkan di kaca TV?

Setelah itu kita menekan butang tutup pada alat kawalan jauh TV? Dan segala-segalanya hilang dari kotak fikiran kita?

Melihat peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat yang makin terhakis aqidah mereka tanpa terkesan di hati sedikit pun?! Begitukan kita yang hanya menjadi PENONTON?!

Bercerita???

Adakah kita hanya seronok bercerita itu dan ini yang berlaku dalam kehidupan seharian kita sebagai salah seorang anggota masyarakat? Hanya tahu bercerita tanpa sebarang tindakan susulan? Itukah kita?!

Marilah kita semua merasai apa yang sedang di alami masyarakat di sekeliling kita, kemudian kita berfikir dan bertindak dalam menangani masalah yang sedang berlaku dalam masyarakat.

Contoh yang paling dekat dengan kehidupan kita ialah Ibadah Puasa. Kita merasainya.

Bagaimana? Berpuasa turut menjadikan kita merasai bagaimana rasanya orang yang hidup dalam keadaan susah adakalanya mempunyai makan minum dan adalakanya tidak mempunyai apa-apa untuk dijamah. Ibadah puasa adalah sebagai tarbiyyah untuk kita di bulan Ramadhan. Dari situ berfikirlah kita yang kita perlu bertindak untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dari apa jua segi sekalipun.

Sirah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W cukup banyak mengajar kita bagaimana merasai, berfikir dan bertindak. Sesungguhnya pada diri baginda terdapat suri teladan yang cukup baik bagi kita semua ikuti. Firman-Nya:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (٢١)

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladab (contoh ikutan) yang baik bagimu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia banyak mengingati Allah (dalam masa susah dan senang). [QS33. Al Ahzab ayat 21]

HIKMAH

- Maksiat ------ Cegah
- Miskin ------- Tolong
- Sakit --------- Ziarah
- Lalai --------- Dakwah
- Lemah ------- Bantu
- Yatim -------- Urus
- Jahil --------- Ajar
- Jahat -------- Hukum
- Minta -------- Beri

Apabila kita melihat berlakunya maksiat dalam masyarakat; Maka cegahlah dengan perbuatan, jika tidak mampu cegahlah dengan lisan dan jika tidak mampu juga cegahlah dalam hatimu (bencilah dengan maksiat yang berlaku - itulah selemah-lemah iman).

Hulurkanlah pertolongan kita buat golongan masyarakat yang berada dalam kemiskinan dalam apa jua bentuk sumbangan sekalipun; perhatian, tenaga, masa, kewangan, kebendaan dan sebagainya.

Ziarahilah mereka yang sakit. Mereka juga perlukan perhatian serta doa dari kita. Moga dengan kedatangan kita mungkin dapat menghiburkan hati mereka.

Ada dikalangan anggota masyarakat yang berada dalam kelalaian, inilah fungsi kita untuk berda’wah kepada mereka. Anggota masyarakat yang paling dekat dengan kita adalah orang-orang yang kita sayangi iaitu anggota keluarga dan juga rakan-rakan kita. Berda’wahlah pada mereka.

Hulurkanlah bantuan buat mereka yang lemah dalam apa jua keadaan pun.

Urusilah anak-anak yatim dengan adil dan penuh kasih sayang. Apabila telah sampai peringkat umur tertentu, kembalikanlah hak mereka yang telah diamanahkan pada kita tanpa mengurangi sedikitpun hak-hak mereka. Ingatlah Rasulullah s.a.w sangat menyantuni anak-anak yatim dan baginda juga adalah anak yatim.

Berikanlah tunjuk ajar kita pada golongan yang jahil. Janganlah dihukum, dicaci mahupun dihina golongan ini kerana mereka sebenarnya sangat memerlukan tunjuk ajar kita. Mana mungkin mereka memahami andai kita berterusan menyalahi kesalahan yang mereka lakukan disebabkan kejahilan mereka. Bagaimana kita mengetahui mereka ini jahil? Dekatilah mereka dalam erti kata taaruflah mereka. Moga dengan tunjuk ajar kita menjadikan mereka sebagai orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Titik permulaan untuk mengajar atau mendidik mereka yang jahil, mulakanlah dengan solat.

Bagi mereka yang jahat, hukumlah mereka setimpal dengan kejahatan yang telah mereka lakukan. Semoga mereka menginsafi dan bertaubat atas kejahatan yang telah mereka lakukan. Jika mereka insaf dan telah bertaubat, perlakulah mereka dengan adil; jangan dicaci mahupun dihina ataupun diungkit-ungkit kejahatan mereka kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Mungkin setelah itu mereka menjadi lebih baik daripada kita.

Berilah pada mereka yang meminta. Rujuklah pada sirah Baginda Rasulullah s.a.w, bagaimana baginda menyantuni seorang badwi yang merentap kain yang dililit dileher baginda sehingga berbekas kerana dia berkehendakkan sesuatu dari baginda. Betapa indahnya sifat baginda s.a.w.

TANGGUNGJAWAB LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA?

BAGAIMANA KITA BERMULA?

BEBASKAN DIRI DARI BELENGGU!

ELAKKAN DIRI DARI
MBA (MURABBI BANYAK AQAL)

ELAKKAN DIRI DARI MBA (MUNTARABBI BANYAK ALASAN)

Kita boleh mencipta pelbagai alasan hanya untuk menyatakan ya atau tidak.

JANGAN JADI KADER MANJA!

Dalam nak memperbaiki masyarakat kita tidak boleh manja.

THINK FRESH DO THE BEST

MULAKAN DENGAN DIRI ANDA!

LAKUKAN POSITIONING DIRI...

Letakkan diri kita di mana. Mainkan peranan kita apabila diberi tanggungjawab atau peranan terhadap sesuatu pekerjaan.

CIRI KESEPULUH....
Bermanfaat Kepada Manusia

INDIKATOR?

Senang Tenang Menang

Ingatlah apa yang kita lakukan, semuanya kembali kepada Allah S.W.T.

MULAKAN DENGAN KELUARGA ANDA!

Mulakan dengan Sahabat ANDA!

Contohnya ketika melakukan Ibadah Haji; merupakan salah satu platform yang baik untuk berdakwah kepada masyarakat yang tidak mengira bangsa dan warna kulit.

Bergaul dengan masyarakat
  1. Hiburan
  2. Pengalaman
  3. Idea Baru
  4. Semangat
  5. Kawan (Mad’u)
Orang yang menyesal
Orang yang kehilangan kesempatan untuk Beramal...

Barangsiapa yang tidak disibukkan dengan Kebaikan...
Nescaya dia akan disibukkan dalam Keburukkan...

APA PILIHAN ANDA?

JANGAN BUAT KERANA TERPAKSA!!!

Kita akan mencapai sesuatu yang optima apabila kita mencapai apa yang kita katakan.

Kecelakaan akan menimpa seseorang apabila dia mempunyai keupayaan untuk melakukan sesuatu tetapi dia tidak melakukannya.

Tidak akan lengkap jika seseorang itu hanya soleh tapi tidak musleh. Musleh iaitu menyolehkan orang lain juga.

Rasulullah s.a.w adalah contoh yang bukan sahaja soleh tapi juga musleh.

9 comments:

rossees said...

thanks kak fatimah... masyarakat sumber pahala...jom

BroHamzah said...

Assalamualaikum, Kak Fatimah.Terima kasih.Satu perkongsian yang amat tinggi nilainya.

فاطمة said...

wa'alaikumussalam..sama..segala pujian kembali pada Allah :)Moga kita semua jadikan manfaat n berusaha tuk mengislahkan masyarakat

iHusainy said...

aslm wbth, j/k for sharing. ada rakaman penyampaian dr azizan tak? harap dapat kongsikan juga. e.g upload ke mediafire.com dsb. j/k.

فاطمة said...

wa'alaikumussalam ihh..ana tak rakam sbb terlupa bawa alat rakaman..sume tu salinan ana je..maaf ye

Unknown said...

Assalamu'alaikum kak fatimah, jazakillahu khoiran katsiro. Saya tak dapat p pn pengisian tue. Mujur Allah menggerakkan hati Kak Fatimah utk merakamkannya di dalam blog.May Allah reward your deed!

Hajar Alwi said...

Assalamualaikum,

I've tagged you for "When in masjid", do check out my blog.

Thanks! :)

W'salam,
Hajar Alwi

iHusainy said...

Jemput ke (WISE3) by Bro Noorazman Rabu 24 Disember 2008 di bilik KAFA 8:30pm. REALITI PERMASALAHAN UMAT ISLAM MASA KINI DAN PENYELESAIAN

omaQ said...

salam ziarah....

http://www.omaQ.org