Assalamualaikum kali ini bersua kita semua kembali dengan musim menunaikan ibadah Haji. Ada di antara kita yang mungkin kedua ibubapa, saudara mara atau atuk nenek mahupun sahabat handai yang telah berlepas baru-baru ini untuk menjalankan salah satu dari rukun Islam iaitu menunaikan ibadah Haji jika berupaya atau berkemampuan. Alhamdulillah tahun ini merupakan giliran Pak lang dan Mak lang ana menunaikan ibadah haji, pesawat yang mereka naiki bertolak pada Jumaat lepas, iaitu bersamaan 1 Zulkaedah 1429. Sekarang mereka berada di Madinah Al-Munawwarah. Manakala tahun lepas merupakan giliran bonda dan ayahanda tercinta menjadi antara tetamu Allah di sana.
Mari kita lihat Surah AlBaqarah ayat 197:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلا رَفَثَ وَلا فُسُوقَ وَلا جِدَالَ فِي الْحَجِّ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الألْبَابِ (١٩٧
197. (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan Yang termaklum. oleh Yang demikian sesiapa Yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) Ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri, dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, Dalam masa mengerjakan Ibadat Haji. dan apa jua kebaikan Yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah; dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [QS2. AlBaqarah:197]
Haji adalah merupakan salah satu perjalanan dalam hidup kita sebagai muslim. Iaitu di mana setiap muslimin mahupun muslimat perlu melaluinya terutama bagi sesiapa yang berkemampuan dari segi perbelanjaan untuk menunaikan ibadah haji sekaligus menjadi tetamu-tetamu Allah S.W.T. Ini turut dinyatakan dalam Surah Al-Hajj ayat 28 mengenai Eidil Adha iaitu bersamaan 10 Zulhijjah:

لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الأنْعَامِ فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْبَائِسَ الْفَقِيرَ (٢٨)
28. "Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara Yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari Yang tertentu, kerana pengurniaanNya kepada mereka Dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan korban); Dengan Yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang Yang susah, Yang fakir miskin. [QS22. AlHajj:28]
Dalam masa yang sama kita memperingati jejak perjalanan Nabi Ibrahim A.S. Pengalaman menunaikan ibadah Haji bagi setiap individu adalah bergantung pada cabaran ataupun ujian yang dihadapinya. Dalam menunaikan ibadah Haji, memerlukan banyak kesabaran; setiap orang pasti diuji dalam perjalanannya, jadi peliharalah diri kita dari sebarang percakapan yang berunsur lucah, jauhilah dari melakukan kejahatan/ kekejian mahupun pertangkaran semasa melakukan ibadah Haji.
Yang terbaik di antara kamu sewaktu menunaikan haji adalah orang yang mampu mengawal dirinya dan bersabar, menolong antara satu sama lain, dan ia sekaligus mengorbankan masa, wang ringgit, keselesaan dan kepuasan fizikal serta hajatnya terhadap sesuatu yang kearah keduniaan. Orang muslim akan merasakan cinta/kasih mereka kepada Allah S.W.T semakin mendalam sebagaimana bermulanya persediaan mereka dalam perjalanan untuk menziarahi tempat suci dengan kesungguhan niatnya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Sekaligus menjadikan tindakan dan fikiran seseorang itu bersih. Semakin kamu dekat atau hampir dengan rumah Allah S.W.T, menjadikan kamu semakin rasa bersungguh-sungguh dalam mencapai hasratmu iaitu mencari keredhaan-Nya. Pastikan kamu tidak menyakiti sesiapa hatta haiwan sekalipun, elakkan dari berlaku tidak adil, tidak sopan, tidak jujur, bertengkar mahupun berbalah dalam hal-hal yang remeh temeh. Sikap sebegini patut diamalkan sebelum menunaikan ibadah haji dan berterusan setelah selesai melakukan Haji. Keseluruhan perjalanan menjadi tanda ketaatan kita kepada Allah S.W.T. Jadi bagaimana mungkin setelahnya kita melakukan kesalahan?
Diedit dan diterjemah dari Verse of the Month, The Message Magazine, Volume 2, Issue 1 (Hajj Issue 2004)

No comments:
Post a Comment