Ya Allah rasa tak sabar untuk menatap wajah-wajah yang daku rindui...Fatimah Syarha, Ahlami, Atiqah Najwa, dan Meyra. Alhamdulillah, lebih kurang 5 pagi ana selamat sampai di stesen bas Kuala Terengganu. Akhirnya dapat jua ana bersua dengan sahabiah yang ana rindui, Fatimah Syarha. Kelu tak terkata. Terima Kasih Ya Allah atas pertemuan yang aku nanti-nantikan. Melihatnya mengingatkan ana pada sahabiah yang ana cintai, Ummu ’Abdullah Amin sekaligus bersyukur pada-Nya atas ukhuwah yang terbina. Bila bertemu tidak jemu, bila berpisah tidak gelisah. Terasa segala-galanya indah bila ukhuwah kerana-Nya.
Tapi masa tak mengizinkan untuk ana menemui teman seperjuangan di arena akademik, Atiqah Najwa dan Meyra. Insya Allah suatu hari nanti pasti kita bertemu kembali. Mabruk buat Atiqah Najwa dan pasangan, Iruwanizuddin atas walimah pada 16 Ogos 2008. Moga berkekalan hingga ke syurga dengan izin-Nya.
Sepanjang di rumah Ha, ana bertaaruf dengan bonda dan ayahanda Ha tercinta; serta adik-beradik (8) dan kakak ipar Ha terutama Kak Farah, Kak Ros dan Asiah Yusro. Tak lupa pada kanak-kanak riang yang ragam mereka sentiasa mencuit hati; Elya Khadeeja, Maryam Soffiya, Sara, dan si comel Fatimah Adnin.
Yang paling tak dapat ana lupa cara buat lempok durian siap mengacau lagi. Penat mengacau tapi seronok. Ketawa nenek Ha tengok cara kami kacau lempok. Macam-macam ragam.
Hari Sabtunya, 16 Ogos 2008 bertemu lagi dengan insan-insan istimewa; Kak Asfa, M.cik Liza dan keluarga, Raudhah, Mar, dan Syu. Insan-insan yang sentiasa mengingatkan hubungan dengan-Nya. Terasa indah sampai tidak mampu diluahkan oleh kata-kata. Usik-mengusik juga tak lekang sebagai pengikat ukhuwah. Menceriakan lagi suasana.
Alhamdulillah 17 Ogos 2008 bersamaan 15 Sya’ban 1429, sahabiah yang daku cintai, Fatimah Syarha selamat diijabqabulkan dan bergelar isteri kepada Dr. Farhan Hadi. Ya Allah, kekalkanlah ikatan ini hingga ke syurga dengan izin-Mu dan kurniakanlah mereka zuriat yang menjadi penyejuk di mata dan di hati. Amen..
Perjalanan ana di teruskan petang 15 Sya’ban ke Kota Bharu utk menemui ”rinduku” yang seterusnya, Ahlami Abdullah Akhili. Syukran buat teman seperjuangan sewaktu di UMS, Asmila dan keluarga atas layanan mesra. Insya Allah suatu hari nanti ana akan berkunjung ke rumah mila semula.
Akhirnya 16 Sya’ban 1429, bersua jua ana dengan Ahlami (ami) di rumahnya. Alhamdulillah terubat rindu di hati bila bersua dengan insan-insan yang dirindui sekian lama. Syukran buat bonda Ami sekeluarga, atas ukhuwah yang terjalin. Hanya Allah saja yang tahu apa yang tidak dapat ana ungkapkan sewaktu bertemu. Mabruk ya Habeebati, Ahlami. Walaupun sekejap tapi buatkan ana rasa puas bertemu dengan insan-insan yang dirindui. Insya Allah satu ketika kita pasti bertemu kembali.
Sahabiah-sahabiah yang sentiasa dirindui
3 comments:
Terharu sgt2 tengok orang yg sehebat kak fatimah syarha,sang 'Mawar Berduri' akhirnya dimiliki jua oleh 'Syabab' pilihan hatinya... Moga2 'Tautan Hati' ni berkekalan dan melahirkan zuriat yg meneruskan kesinambungan perjuangan memartabatkan Islam....ameeN.... huhu...(tak tahan, terharu, sedih tak dapat pi...huhu...minat sgt karya dia...)
ameen..moga adik jg bertemu wardatul syauqiah :)
Alhamdulillah..
janji Allah itu benar..
Perempuan yg baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya.Tahniah k.fatimah sbb bershbt dengn k.ha...bahagia ana tgk ukhuwwah antr antunna~doakan ana menjadi seindah mawar berduri~
Post a Comment