Tarikh: 19 Julai 2008
Muqaddimah
Realiti umat Islam yang:
- Tidak menghayati Islam secara menyeluruh
- Terpengaruh dengan pengaruh asing
- Fahaman Juz’iyyah
- Kehilangan contoh amali
Realiti Umat
Akan datang pada manusia satu zaman, di ketika itu Islam tidak tinggal melainkan namanya, dan Al-Qur’an tidak tinggal melainkan tulisannya, masjid-masjidnya indah namun kosong dari petunjuk, ulama’-ulama’nya termasuk manusia yang paling buruk yang berada di bawah kolong langit kerana dari mereka timbul beberapa fitnah dan akan kepadanya. (Hadith)
Rasulullah SAW bersabda: “Suatu masa nanti kalian akan dikerumuni oleh berbagai suku bangsa seperti mereka mengerumuni makanan.” Salah seorang sahabat bertanya, ”Apakah kami saat itu minoriti ya Rasulullah?” ”Tidak,” jawab Rasulullah ”bahkan kalian saat itu majoriti tetapi hanya ibarat buih (busa). Allah hilangkan rasa takut di hati musuh-musuh kalian dan Allah tumbuhkan di dalam hati kalian kehinaan!” Lantas ada yang bertanya, ” Kehinaan bagaimana ya Rasulullah?” Baginda pun menjawab, ”Cinta dunia dan takut mati.”
Kelemahan Ummah
Kelemahan dalam kapasiti intelektual (Al-Jahlu):
· Dho’fut Tarbiyah (lemah dalam pendidikan)
· Dho’fut Tsaqofah (lemah dalam ilmu pengetahuan)
· Dho’fut Takhthith (lemah dalam perencanaan)
· Dho’fut Tanjim (lemah dalam pengorganisasian)
· Dho’fut Tanfidz (lemah dalam memobilisasi potensi-potensi diri)
Kelemahan dalam permasalahan moral (Maradun Nafs):
· Adamus Saja’ah (hilangnya keberanian)
· Adamus Sabat (hilangnya sikap teguh pendirian)
· Adamut Dzikriyah (hilangnya semangat untuk mengingat Allah)
· Adamus Sabr (hilangnya kesabaran)
· Adamul Ikhlas (hilangnya makna Ikhlas)
· Adamul Iltizam (hilangnya komitmen)
Harapan Kita
”Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang.” (Hadith riwayat Muslim)
- Harakah Islam sebagai ganti khilafah yang hilang.
- Tugas harakah Islam adalah berusaha mengembalikan Islam pada tempatnya.
- Usaha ini memerlukan kesungguhan, kesedaran dan kefahaman yang sebenar.
- Anggota harakah dikehendaki memiliki wa’yun Islami supaya menjadi da’ie yang faham matlamat sebenar.
Amal Qawi di Tahap Sekarang:
- Pembentukan Wa’yun Islami (bentuk kefahaman dan kesedaran yang sebenar)
- Ijad Rakaiz Al-Islamiyah (tubuh kumpulan atau paksi Islam selepas memberikan wa’yun Islami”
Takwin Wa’yil Islami
- Takwin bermaksud pembentukan
- Wa’ bermaksud memahami hakikat sesuatu. – mengetahui dan memahami sesuatu secara sedar bukan sekadar maklumat semata-mata.
- Takwinul Wa’yil Islami bermaksud pembentukan kefahaman dan kesearan Islam yang sebenar.
Dua Dasar Utama:
- Ikhlas – hendaklah dilakukan kerja dengan ikhlas kerana Allah
- Syara’ – kerja dilakukan mengikut garis panduan syara’
TAQWA itu ibarat orang yang berjalan di jalan yang berduri. Bagaimana dia berjalan? Sudah tentu dia berjalan dengan penuh berhati-hati.
Duri itu ibarat dosa kecil dan luka itu ibarat perkara yang makruh. Sudah tentu luka itu pedih apabila terkena air.
Perkara yang perlu di Banteras:
Fahaman Sekular
Intipati Fahaman Sekularisme
- Pisah unsur rabbani/agama dari sistem/manhaj hidup manusia
- Tolak sumber hukum Allah dan Rasul-Nya
- Tolak keimanan kepada Allah dan apa jua bentuk keagamaan
- Jauhi ajaran agama dalam budaya, pendidikan dan akhlak.
- Tolak aqidah sebagai asas kesetiaan (wala’) dan penggabungan diri (intima’)
- Dirikan kerajaan atas konsep kemodenan tanpa terikat unsur agama sedikitpun
- Beriman dengan apa yang dicapai oleh pancaindera
- Usaha bersungguh-sungguh memalingkan umat dari amal akhirat kepada keenakan duniawi
Faktor Menular Ke Timur (dinyatakan oleh Muhammad Qutb)
- Hasrat untuk lemahkan Islam.
- Niat pembaharuan oleh ahli sains
- Sikap dan neraca umat Islam sendiri.
Wasilah Dakyah
- Guna golongan Orientalis.
- Guna golongan missionari
- Guna agen orang Islam yang mereka asuh
- Serangan pemikiran (al-Ghazwul Fikri)
Serangan Ghazwul Fikri
Hancurkan akhlak muslim
- Hapuskan teras ajaran Islam yakni akhlak umat yang bermula pada individu
- Umat terpesong dari landasan agama dan mengambil cara hidup barat
- Mulai jebakkan umat denngan arak, judi, seks, riba dan pelbagai dosa/pintu-pintu maksiat.
- Kemudian serap perasaan/pemikiran ringankan urusan agama, remeh aqidah, cuai ibadah dan pelbagai pemikiran sesat/batil.
- Rosak generasi umat akan rosak masa depan umat dan Islam.
Hancurkan Sistem Pendidikan
- Menubuhkan sekolah – sekolah yang memperkenalkan sistem dan pelajaran yang memisahkan agama.
- Ajar anak-anak dengan sistem yang digunakan oleh barat.
- Kawal/ ketatkan pengajian Al-Qur’an – asingkan dari pelajaran bahasa kebangsaan
- Menghakis penggunaan tulisan Al-Qur’an dan jawi.
Sasaran Al-Ghazwul Fikri (kesan dan akibat)
· Individu
· Institusi keluarga
· Sistem pendidikan
· Sistem ekonomi
· Media dan hiburan
· Sistem politik
Natijah
- Jahiliyyah mengawal dunia
- Tersebarnya khurafat, pembohongan dan propaganda sesama manusia
- Umat cenderung ke arah kebatilan dan syahwat serta bertuhankan nafsu
- Tunduk patuh dan penguasaan dunia berlaku oleh bangsa yahudi dan umat menyerah kalah
- Berpaling daripada keaslian ilmu, manhaj pemikiran dan tasawur
- Ketepikan Islam dari kepimpinan sebenar
Keyakinan terhadap sistem demokrasi
- Sudah menjadi darah daging masyarakat
- Wakil rakyat menjadi badan tertinggi yan g berautoriti secara multak menggobal undang-undang
- Islam – kuasa mutlak ialah Allah SWT
Membetulkan Aqidah dan Ibadah
- Penanaman Wa’yul Islami perlu bermula dengan memperbetulkan konsep syahadah
- Ibadah hendaklah mengikut kefahaman generasi awl Rasulullah, generasi sahabat dan seterusnya yang merangkumi seluruh kehidupan individu, masyarakat mahupun negara.
- Generasi awal menganggap hidup seluruhnya adalah ibadah.
- Perlu menjelaskan Islam yang syumul kepada masyarakat.
- secara umumnya manusia adalah memang hamba Allah SWT
- tetapi secara praktikalnya manusia tidak semua sebagai hamba Allah dalam erti kata dia taat atau ingkar pada perintah Allah SWT
- manusia sekarang kebanyakannya seolah-olah mempunyai fikrah seperti Abu Jahal iaitu mempercayai apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW tetapi tidak mahu ikut dan patuh pada apa yang telah disampaikan.. nauzubillah kita tergollong dalam fikrah seperti Abu Jahal.
Kejahilan Masyarakat tentang Islam
- Hati dan tuturkata tidak seiring
- Kejahilan ini membawa mereka jauh dari Allah
- Kejahilan mereka ialah kejahilan tentang hakikat Islam yang sebenar
- Kejahilan yang membawa mereka yakin dengan ideologi lain.
Kembali kepada Sumber-sumber yang Sohih
- Mesti kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW
- Mesti kembali kepada kefahaman Islam yang sebenarnya seperti yang ditanzilkan oleh Allah SWT.
- Mesti kembali kepada Islam yang disampaikan oleh Rasulullah SAW
Contoh yang paling cantik lagi indah adalah persoalan solat. Pada zaman Rasulullah SAW persoalan solat adalah permasalah jama’ie bukan hal individu.
Usrah atau Halaqah menjadi nadi dalam kehidupan para sahabat.
Tahap Wa’yun Islami yang mesti diwujudkan
- Laksanakan sehingga masyarakat merasa selesa dan berhajatkan Islam yang Syumul
- Sehingga mereka ingin mempertahankan Islam dan merasakan Islam wajib dilaksanakan dalam kehidupan.
Oleh itu pelbagaikanlah Uslub dalam penyebaran dakwah.
Contohi Cara Rasulullah SAW:
5 Tahap perkembangan Rasulullah SAW
- Pertumbuhan
- Pencarian jati diri
- Pembentukan jati diri
- Pengembangan jati diri
- Pewarisan jati diri
Nabi Muhammad SAW bersifat kreatif dalam menyampaikan dakwah. Baginda mencuba untuk mencari pengalaman. Contohnya:
Rasulullah SAW menjemput saudara-maranya makan, selepas itu baginda mula menyampaikan dakwah baginda tetapi tidak berkesan kerana ada gangguan dari Abu Jahal.
Pada kali keduanya baginda menjemput lagi saudara-maranya makan, tetapi kali ini baginda menyampaikan dakwah sewaktu mereka semua sedang makan.
Ini merupakan salah satu contoh dakwah baginda selain cara penyampaian Baginda yang lain.
No comments:
Post a Comment