Monday, September 15, 2008

Majlis Iftar HALUAN Pulau Pinang

14 Ramadhan 1429 iaitu Hari Ahad, HALUAN Pulau Pinang mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) yang bertempat di Sekolah Menengah Bukit Jambul, Pulau Pinang bagi sebelah pulau manakala yang tinggal di sebelah seberang; Majlis Berbuka Puasa bertempat di Pusat KoKo, Bukit Mertajam.

Memandangkan ana berada di sebelah pulau jadi ana menghadiri majlis yang di sebelah pulau. Majlis bermula pada pukul 6 petang, di mulakan dengan pengisian tazkirah dari Ust AlHami mengenai pengertian Ramadhan beserta amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Seterusnya majlis di susuli dengan penerangan mengenai Pengumpulan Dana Khas untuk Kerja-kerja Tambun Tanah Institut Pendidikan Barakah atau I’BRAH bagi membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Sains di Tanjung Putus, Permatang Pauh. Sekolah Swasta ini dijangka akan siap sekitar tahun 2009.

Majlis ilmu sambil berinfaq ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Semua yang hadir dijemput ke majlis berbuka. Selepas berbuka ala kadar, yang hadir menunaikan solat maghrib. Setelah selesai bersolat, para hadirin di jamu juadah yang berat sedikit. Seterusnya majlis bersurai bagi menunaikan solat Isya’ dan terawih di masjid.


Memandangkan bulan Ramadhan merupakan bulan pelaburan dan peningkatan amalan-amalan baik yang wajib mahupun yang sunat jadi infaq dan derma dari semua pihak amatlah di alu-alukan bagi pembinaan Institut Barakah. Moga ianya menjadi saham akhirat kita kelak. Sumbangan boleh dimasukkan terus melalui Bank Islam Malaysia Berhad:

NO.AKAUN : 02011010026112
(Pembangunan Insan Wilayah Utara)

No comments: