Tuesday, October 14, 2008

Isteri Beruntung di MADUkan

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopakbawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… " Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalikFatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibahyakin tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…

JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!

JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI

TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….

KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA

DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN

ALLAH ADALAH TUJU HIDUP MANUSIA...
p/s:
syukran kak husna for this mail :) moga boleh dijadikan pedoman dan kena sedikit sentuhan agar lebih terkesan dihati.

Majlis Jamuan AidilFitri HALUAN Pulau Pinang

Pada 11 Syawal 1429H bersamaan 11 Oktober 2008, HALUAN Pulau Pinang telah mengadakan Majlis Jamuan Aidilfitri yang bertempat di Dewan Pertanian Cherok To’Kun, Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis bermula pada pukul 9 pagi dengan bacaan Al-Fatihah dan ’umulkitab.

Setelah itu majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk dari Saudara Amir Fuad bin Ahmad Fadhli. Seterusnya penyampaian Tazkirah ringkas dari Naib Presiden Haluan Pulau Pinang, Ustaz Alhami. Majlis turut dimeriahkan dengan acara dan persembahan adik-adik yang berumur 12 tahun ke bawah; kuiz, nasyid, coral speaking dan sebagainya.







Sebelum majlis bersurai pada pukul 1 petang, para hadirin yang hadir beramai-ramai menjamu selera sambil bertaaruf bagi mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin.

Tuesday, September 23, 2008

SURAH AL QADR



إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١)وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣)تَنَزَّلُ الْمَلائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ (٤)سَلامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ (٥

1. Sesungguhnya telah Kami telah turunkannya (Al-Qur ‘an) pada Lailatul-Qadar,
2. Tahukah engkau apa Lailatul-Qadar itu?
3. Lailatul-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
4. Turun malaikat dan Al-Ruhu’ (Jibrail) padanya (Lailatul Qadar) dengan izin (perintah) Tuhan mereka (iaitu Allah), kerana membawa segala perkara (yang dihukumkan Allah pada malam itu);
5. sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[QS97:1-5]

Malam yang Lebih Baik dari Seribu Bulan


Allah S.W.T. menerangkan pada kita bahawa Dia telah menurunkan Al-Qur’an pada malam Al-Qadr (Lailatul Qadar), dan ia merujuk pada Firman-Nya:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ (١


"Sesungguhnya telah Kami telah turunkannya (Al-Qur ‘an) pada Lailatul-Qadar," [QS97:1]

Lailatul Qadar adalah satu malam daripada bulan Ramadhan, dinyatakan dari Firman-Nya:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (١٨٥


(Masa Yang Diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan Yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan Yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara Yang benar Dengan Yang salah. oleh itu, sesiapa dari antara kamu Yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa Yang sakit atau Dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari Yang ditinggalkan itu pada hari-hari Yang lain. (dengan ketetapan Yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. [QS2:185]

Ibn ’Abbas, di anatara yang lainnya menjelaskan bahawa di sini Allah menerangkan bahawa malam pertama diturunkan sekelian al-Qur’an dari Lawh Mahfuz ke langit dunia adalah pada Lailatul Qadar. Kemudian dihantarkan ke Baitul Izzah maka kemudian diturunkan oleh Malaikat Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W secara berperingkat-peringkat.

Seterusnya Allah berfirman dalam rangka menegaskan kelebihan Lailatul Qadar yang dipilih sebagai malam pertama diturunkan Al-Qur’an:

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (٢)لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ (٣


2. Tahukah engkau apa Lailatul-Qadar itu?
3. Lailatul-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan.
[QS97:2-3]

Merujuk pada Asbabun Nuzul (Sebab-sebab diturunkan ayat ini). Mujahid berkata: Rasulullah S.A.W menceritakan seorang dari Bani Israil memanggung senjata untuk berhijad fisabilillah selama seribu bulan. Cerita itu sangat mengagumkan para sahabat. Tiba-tiba Allah menurunkan surah Al-QADR ini, yang dalamnya menyatakan bahawa beribadat pada malam Al-Qadr adalah lebih baik dari seribu bulan. (Hadith Riwayat Ibnu Hatim)

Dalam hal menentikan Lailatul Qadar ini para Ulama telah berselisih dalam menentukannya. Ada yang mengatakan bahawa Lailatul Qadar terjadi pada satu malam daripada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan, iaitu malam ke 20 hingga malam yang ke 30 dari bulan Ramadhan. Terdapat hadith daripada Nabi S.A.W menerangkan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam yang ganjil daripada 10 malam yang akhir, iaitu malam ke 21, 23, 25,27 atau 29.

Dilaporkan oleh Jaabir ibn ’Abdillah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: "Tanda malam Lailatul Qadar iailah suasana malamnya bersih hening, terang seakan-akan ada bulan, tidak terasa sejuk atau panas, dan tidak ada bintang yang dilemparkan kepada syaitan hingga fajar dan paginya matahari terbit tiada dengan bercahaya panas, dan ia seakan-akan bulan purnama” (Diriwayatkan Ibnu Hatim)

Saidatina ’Aisyah r.a berkata: "Adanya Nabi S.A.W. jika masuk malam-malam yang akhir (daripada bulan Ramadhan iaitu malam 21, 23, 25, 27, 29) dari malam 21-30 membangunkan para isteri baginda untuk beribadat dan Rasulullah sendiri pada malam-malam tersebut lebih kuat beribadat.”

Saidatina ’Aisyah r.a bertanya Rasulullah S.A.W.: "Ya Rasulullah, jika aku mendatangi Lailatul Qadar maka apa yang sebaiknya untuk aku berdoa?” Maka jawab Rasulullah S.A.W, "Bacalah 'Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’fu anni’ (ya Allah, Engkaulah Maha pengampun, maka maafkanlah aku)” (Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah).



Diterjemah dan diedit oleh Fatimahtuzzahrak binti Mohamad.

Rujukan dari Tafsir Ibn Kathir dan Tafsir Juz Amma.

Monday, September 15, 2008

Majlis Iftar HALUAN Pulau Pinang

14 Ramadhan 1429 iaitu Hari Ahad, HALUAN Pulau Pinang mengadakan Majlis Berbuka Puasa (Iftar) yang bertempat di Sekolah Menengah Bukit Jambul, Pulau Pinang bagi sebelah pulau manakala yang tinggal di sebelah seberang; Majlis Berbuka Puasa bertempat di Pusat KoKo, Bukit Mertajam.

Memandangkan ana berada di sebelah pulau jadi ana menghadiri majlis yang di sebelah pulau. Majlis bermula pada pukul 6 petang, di mulakan dengan pengisian tazkirah dari Ust AlHami mengenai pengertian Ramadhan beserta amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta, Allah S.W.T.

Seterusnya majlis di susuli dengan penerangan mengenai Pengumpulan Dana Khas untuk Kerja-kerja Tambun Tanah Institut Pendidikan Barakah atau I’BRAH bagi membina dan menyiapkan Sekolah Menengah Tahfiz Sains di Tanjung Putus, Permatang Pauh. Sekolah Swasta ini dijangka akan siap sekitar tahun 2009.

Majlis ilmu sambil berinfaq ditutup dengan bacaan tasbih kifarah dan surah al-Asr. Semua yang hadir dijemput ke majlis berbuka. Selepas berbuka ala kadar, yang hadir menunaikan solat maghrib. Setelah selesai bersolat, para hadirin di jamu juadah yang berat sedikit. Seterusnya majlis bersurai bagi menunaikan solat Isya’ dan terawih di masjid.


Memandangkan bulan Ramadhan merupakan bulan pelaburan dan peningkatan amalan-amalan baik yang wajib mahupun yang sunat jadi infaq dan derma dari semua pihak amatlah di alu-alukan bagi pembinaan Institut Barakah. Moga ianya menjadi saham akhirat kita kelak. Sumbangan boleh dimasukkan terus melalui Bank Islam Malaysia Berhad:

NO.AKAUN : 02011010026112
(Pembangunan Insan Wilayah Utara)

Iftar bersama keluarga Kussay N.Mutter

12 Ramadhan 1429 Hijriah, ana dijemput oleh isteri Kussay, Misam untuk iftar (berbuka puasa) bersama dengan keluarga mereka. Terlalu excited sampai lupa nak bawa kamera nak ambil gambar makanan-makanan tradisi iraq. Jadi ana dapat cerita je la.

Kussay merupakan salah seorang pelajar PhD by research, merangkap tutor ana secara tak langsung di Pusat Pengajian Sains Fizik, Universiti Sains Malaysia. Isteri Kussay, Misam merupakan pelajar PhD by research juga dalam bidang bahasa Inggeris dengan pengkhususan buku-buku Harry Potter. Pasangan ni ada sepasang anak yang sangat cute, yang sulung bernama Osama dan yang kedua bernama Syahad.

Actually rumah ana dengan rumah Misam takla jauh sangat. Kalau berjalan ambil masa dalam 5 minit macam tu. First time cari blok apartment diorang tak jumpa akhirnya nak tak nak ana kena call juga Kussay ask mana rumah dia. Ana sampai around 10 minit sebelum iftar. Alhamdulillah disambut mesra dengan pasangan ini serta anak sulungnya, Osama. Syahad tak termasuk sebab baru umur 8 bulan. Sepupu Misam juga turut berbuka dengan kami. Sepupu Misam (ana tak ingat nama dia but he has been help me repaired my external hardisc two weeks ago without any charge, alhamdulillah) juga pelajar PhD tak silap ana dalam bidang sains computer dan menurut Faiz (salah sorang student PhD yang turut membantu ana dalam penyelidikan) sepupu Misam expert dalam hal-hal berkaitan computer.

Ni kira dah habisla taaruf sikit. Apa yang ana suka tentang mereka adalah fikrah mereka sama, ana selesa berbincang soal-soal agama dan isu-isu semasa dengan mereka. Alhamdulillah, Allah temukan ana dengan pasangan yang cukup menitik beratkan soal agama. 7.24 p.m, azan berkumandang...kami iftar dengan tamar. Mula-mula ana ingat coklat ke ape sebab bulat elok lepas tu ada macam kelapa parut halus-halus dengan tabur bijan sikit, bila ditanya rupa-rupanya tamar; alhamdulillah great and delicious. Air minumannya indian dates. Rasa sikit-sikit macam kurma but more like macam air asam jawa pun ada but nice. Lepas berbuka ala kadar, kami pun solat maghrib.

After solat, Misam hidangkan makanan-makanan tradisi mereka. Lupa la plak tanya nama makanan-makanan yang terhidang, if tanya pun tak bawa pulak buku nak tulis. Ada macam-macam; salad campuran timun, buah zaitun, tomato, taburan buah pelaga (ana baru tau sebab ada rasa tapi tak nampak rupa), dan lain-lain lagi dalam ingredients salad tu; nasi campuran cendawan butang, kismis, kacang (bukan kacang tanah), dll (tak terbelek ana) termasuklah ayam seketul – masya Allah nasi banyak betul, tak mampu ana nak habiskan; Sup (ana lupa nama apa tapi pekat warna coklat) –sedap sebab lain pada yang lain; neutral yogurt; roti ala-ala paratha tapi dalam tu ade daging yg dicincang halus plus macam-macam bahan yang ada tak dapat nak agak; potato wedges – bukan beli di KFC tau; de satu petak tu nak kata ikan tak macam ikan sebab bentuk petak – macam biasa tengok tapi tak boleh nak rasa dah sebab perut ana dah penuh; last skali ada desert buah-buahan – buah pic, orange, dan ramuan rahsia (ana pun tak tau apa sebab bila ana ask kussay dia bagitau ni first time dia rasa sebab Misam tak pernah buat tau ni sebab tetamu datang). After that rehat-rehat sambil taaruf.
Dalam 8.00 lebih, Kussay dan sepupu Misam minta diri untuk ke masjid. So tinggal ana dengan Misam berserta Osama dan Syahad. Banyak benda juga yang kami bualkan, even ana sebenarnya bercakap broken English je tak fluent macam Misam. Atleast cara ni boleh improve English juga. Tak lama lepas tu wife pada abang Kussay bertandang bersama 3 orang anak; Hibatullah, Farouq dan …. ( yang last ni ana susah nak ingat). Mereka sangat meraikan tetamu. Subhanallah. Segan juga ana dibuatnya. Di jamu ana aiskrim pula. Penuh perut ana. Takut juga Misam kecik hati sebab banyak ana tak dapat habiskan. But both of them sangat memahami.

Hari dah beransur-ansur melabuhkan tirai, jadi ana terpaksa minta diri even ditegah oleh Misam. Tapi ana teringat kata-kata dalam buku ”Beginilah Rasulullah S.A.W mengajari Kami” – adab-adab bertandang rumah orang. Alhamdulillah I have a great time with Kussay’s Family especially Misam and her two children. May Allah Bless all of them. Mereka menganggap ana seperti adik perempuan mereka. Subhanallah. Indahnya ukhuwah bila kerana Allah, terasa rindu untuk bertemu; bila bertemu tidak jemu; bila berpisah tidak gelisah. Hadiah Allah yang tidak terhitung...

Thursday, September 11, 2008

Teguran dari Allah

Ya Allah, adakalanya diri ini terleka dengan nikmat dunia. Terpengaruh dengan hasutan-hasutan dari dalam diriku mahupun dari makhluk-makhlukMu. Pernah tak satu hari kita di timpa musibah ataupun ujian? Contohla satu hari jari kita terkepit dek pintu, mungkin ada yang rasa nak marah tapi cuba kita fikir-fikirkan balik; 'agaknya pagi tadi aku ada sakitkan hati atau terkata si fulan bin/binti si fulan’.

Sebenarnya pelbagai cara dan situasi yang adakalanya kita sedar dan tidak sedar yang Allah sebenarnya menegur dan mendidik kita dengan setiap ujian atau musibah yang menimpa diri kita. Sebagai hamba-Nya yang mempunyai banyak kekurangan, muhasabahlah diri kita atas setiap apa yang berlaku moga kita mendapat iktibar dan pengajaran dari setiap ujian-Nya.

Ana juga hamba Allah yang mempunyai terlalu banyak kekurangan, Alhamdulillah Dia masih sudi menegur dan mendidik ana dengan ujian-Nya. Kita lihat mungkin sebagai tidak ada apa-apa tapi sebenarnya bila kita check atau muhasabah balik sebenarnya ada sesuatu yang kita terlepas pandang. Baru-baru ni ada perkara yang berlaku membuatkan ana rasa nak meledak amarah, astaghfirullah al’azim...Di pujuk hati ini agar bersabar..Katakanlah 'Aku berpuasa, sesungguhnya jiwaku berada di tangan-Nya’ Lantas ana teringat kata-kata Rasulullah S.A.W (tak silap ana, betulkan kalau ana silap). Adakala hakikatnya ana tak kuat untuk melawan amarah. Akhirnya ana ambil keputusan untuk balik sebab ana tak mampu berlama-lama di tempat tersebut.

Waktu ana sampai di rumah, azan zohor berkumandang. Setelah solat, tak lupa ana berdoa moga Allah bantu ana. Saat tu ana rasa perlukan teman untuk berbicara tapi dipujuk juga hati yang sesungguhnya Allah yang lebih layak untuk kita berbicara. Ya Allah saat tu hawa nafsu juga memberontak. Lantas terdetik di hati untuk sambung pembacaan ana..Buku yang bertajuk "Beginilah Rasulullah S.A.W mengajari kami” yang diterjemah dari buku asalnya yang bertajuk "Hakadza ’Allamana An-Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam”. Subhanallah, sesungguhnya aturan mahupun susunan Allah sungguh indah. Cuba teka apa sebenarnya berlaku? Tempat sambungan pembacaan ana rupanya pada tajuk yang ke 6 iaitu 'Menahan Amarah’. Seolah-olah Dia sebenarnya sedang menegur dan berbicara. Terkedu ana seketika. Firman-Nya:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (١٣٣)الَّذِينَ يُنْفِقُونَ فِي السَّرَّاءِ وَالضَّرَّاءِ وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ (١٣٤

"dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal Yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga Yang bidangnya seluas Segala langit dan bumi, Yang disediakan bagi orang-orang Yang bertaqwa; Iaitu orang-orang Yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik;" [QS3. Ali Imran: 133-134]

Firman Allah S.W.T,

وَالَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الإثْمِ وَالْفَوَاحِشَ وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ (٣٧

"dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan Yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya;" [QS42. Asy Syuura: 37]

Bukan sekadar ditegur menahan amarah tetapi ditegur untuk memaafkan kesalahan orang. Subahanallah. Menurut penulis buku, Syaikh Khumais As-Said; amarah itu bagaikan bara api yang sedang membara di hati dan asapnya menutupi jiwa ketika saat kita menahan amarah. Seterusnya di nyatakan hati akan menjadi sejuk dan tenang malah jiwa turut terasa lapang apabila kita memaafkan seseorang.

Di dalam buku tersebut turut di nyatakan orang yang sebenarnya kuat bukanlah seorang pahlawan atau sang petarung tetapi orang yang mampu mengawal amarahnya.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ’Anhu berkata, Rasulullah S.A.W bersabda,
"Orang yang kuat bukanlah sang petarung, tapi orang yang kuat adalah yang mampu mengendalikan jiwanya saat marah.” [Hadith Riwayat Bukhari, Kitabul Adab Bab: Al Hadr Minal Ghadhah, no. (6114), Fath (10/635)]

Sesungguhnya sebaik-baik contoh adalah Rasulullah S.A.W. Ana terasa seperti setelah ditegur; diberi pula qudwatul hasanah.

Dari Saidatina Aisyah Radhiyallahu ‘Anhu juga berkata, “Rasulullah S.A.W. bukanlah orang yang keji, berperilaku keji, berkata kotor di pasar, dan tidak pernah membalas sesuatu dengan keburukan akan tetapi selalu berlapang dada dan memaafkan.” [Syaikh Al-Albani Rahimahullah berkata, aku katakana, “Hadith ini hasan shahih diriwayatkan oleh At-Thayalisi (2432). Ahmad (6/174, 236, 246) dengan sanad yang shahih.]

Ni ana tambah pula, teringat ana pada saranan Dr. Fadzillah Kamsah; sebelum tidur maafkan semua orang walaupun hakikatnya sesetengah daripadanya mungkin sukar untuk kita maafkan tapi Insya Allah sikit demi sikit terasa ketenangan dalam jiwa. Bila di amal hari-hari sekaligus kita mampu maafkan semua orang sebenarnya.

Insya Allah ini adalah salah satu contoh teguran Allah yang berlaku dalam bulan Ramadhan ni. Walaupun ada lagi tapi ana rasa cukuplah. Moga menjadi iktibar dan sama-sama kita muhasabah dan fikir-fikirkan.

Oleh: Fatimahtuzzahrak binti Mohamad

Wednesday, September 10, 2008

Majlis Iftar Kelab IPSI USM

Alhamdulillah, perancangan ahli kelab IPSI (Islamic Propagation Society International) yang di ketuai Saudara Nasrudin (pengerusi) bagi pihak ikhwah dan Saudari Sakinah (Naib Pengerusi) bagi pihak akhawat untuk melaksanakan Majlis Iftar (berbuka puasa) bersama ahli kelab IPSI berjalan lancar semalam, 9/9/2008. Bertempat di bilik tutorial 142.

Majlis turut di hadiri Founder merangkap President IPSI, Brother Kamarudin Abdullah dan Brother Khaw Lek Ming serta anggota IPSI yang lain. Pelajar-pelajar bukan beragama Islam juga turut di alu-alukan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah gambar yang selebihnya akan ana masukkan bila berkesempatan.
Untuk pengetahuan semua, Kelab IPSI di anggotai oleh semua pelajar yang mengikuti kelas Perbandingan Agama yang dijalankan di USM dan terbahagi kepada dua kelas iaitu intermediate dan basic class.