Artikel ini menekankan betapa pentingnya ‘komunikasi’ dalam hubungan ibubapa dan anak. Sekarang cuba kita lihat, Berapa banyak buku-buku berkenaan Islam yang mengajar ibubapa tentang strategi berkomunikasi? Ana rasa banyak tapi semuanya terpulang pada kita sama ada kita hendak mencari ataupun tidak.
Salah satu perkara penting yang selalu tidak dititik beratkan oleh kebanyakkan ibubapa adalah ‘komunikasi efektif’ antara ibubapa dengan anak. Komunikasi efektif boleh mengurangkan kesukaran dalam membesarkan atau mendidik anak-anak atau remaja seminimum yang mungkin, itu pun jika kepentingan berkomunikasi difahami dan dipraktikkan (diamal) selalu dan konsisten.
Kebiasaannya budaya berkomunikasi di rumah hanya melibatkan atau berbentuk arahan dari ibubapa sedangkan anak-anak hanya mendengar dan mematuhi setiap arahan yang diberi tanpa ibubapa mendengar dan bertanya pendapat anak-anaknya. Komunikasi seperti ini meningkatkan jurang dan jarak di antara ibubapa dan anak di dalam rumah.
Komunikasi bukan sahaja mengenai apa yang boleh dibuat dan tidak boleh dibuat oleh anak-anak. Jika itu yang berlaku maka itu adalah merupakan cara ditaktor dalam membesarkan anak-anak, yang mana mengakibatkan kesan yang tidak baik dalam perkembangan keyakinan diri anak-anak. Komunikasi melibatkan perbincangan mengenai keagamaan, sosial, pendidikan, kerohanian atau kejiwaan, emosi dan keperluan fizikal dalam memahami tindakbalas mereka dalam perubahan di sekitar mereka. Jika suasana yang sihat seperti ini berlaku atau mengambil tempat, anak-anak akan belajar bagaimana untuk mengatasi dan menguruskan hal-hal yang mencabar seiringan mereka meningkat dewasa. Keadaan ini bukan sahaja meningkatkan rasa keyakinan diri (self-confidence) mereka malah menjadikan mereka lebih hormat kepada ibubapa yang telah membesar dan mendidik mereka menjadi anak-anak yang berpotensi dalam kehidupan. Ibubapa perlu mengenal pasti kelebihan anak-anak mereka dalam memperkembangkan dan mengukuhkan lagi kebolehan mereka dalam bidang yang mereka cenderung tersebut. Keadaan yang berlaku ini adalah sama bagi anak-anak lelaki mahupun perempuan.
Ibubapa merupakan sumber utama maklumat anak-anak sejak dari mereka kecil. Jika anak-anak ini dapati mereka langsung tidak boleh bertanya soalan yang berkaitan dengan sesuatu pada ibubapa, mereka berkemungkinan rasa ingin lebih mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di luar sana. Akibatnya, mereka hilang minat untuk bertanya pada orang lain soalan yang sama kerana mereka mengandaikan yang tidak akan ada sesiapa pun yang mahu mendengar apa yang ingin soal jika ibubapa mereka sendiri ridak bersedia untuk mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka. Komunikasi efektif perlu untuk perkembangan anak-anak pada zaman kanak-kanak dan remajanya.
Bila Berkomunikasi:
Dengarlah secara aktif – Bila anak-anak bercakap dengan ibubapa, cuba tunggu dan dengar secara aktif apa yang ingin diperkatakan atau disampaikan oleh anak/remaja. Menjadi pendengar secara aktif adalah sangat penting kerana melaluinya, anak-anak akan menceritakan hal-hal mengenai mereka dari perspektif mereka. Saat itu ibubapa mestilah berhenti menilai dan menunjukkan rasa respect serta menaruh minat dalam apa yang ingin disampaikan oleh anak-anak mereka dalam perbualan. Nabi SAW mendengar kerisauan para sahabat dan baginda juga turut memberi sepenuh perhatian pada musuh-musuhnya atas apa yang ingin mereka sampaikan. Ibubapa sepatutnya menjadikan peribadi Rasulullah SAW sebagai salah satu elemen penting dalam kehidupan.
Bila anak-anak rasa yang ibubapanya memberi perhatian dan berminat dalam apa yang ingin mereka sampaikan, mereka akan bersedia membuka hati mereka (open up their heart) untuk ibubapa dan secara tidak langsung menghasilkan kepercayaan mereka terhadap ibubapa. Jika ibubapa takut atau risau pada kesan-kesan yang tidak baik dalam masyarakat mempengaruhi persekitaran dan perangai anak-anak, komunikasi efektif mampu mengukuhkan ikatan di antara ibubapa dan anak-anak. Kesannya, anak-anak akan sentiasa meminta nasihat dan pendapat dari ibubapa kerana unsur-unsur kepercayaan dan rasa hormat telah wujud.
Hindarilah dari berbalah – Salah satu contoh komunikasi yang tidak berkesan adalah perbincangan melibatkan ketidaksetujuan atau perbalahan dan perdebatan yang berlaku antara ibubapa dan anak. Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang lelaki itu mengalah dalam perbalahan bila dia di pihak yang salah, sebuah rumah akan dibina buatnya di dalam Taman Syurga; tetapi jika seseorang lelaki itu mengalah walaupun dia berada di pihak yang benar, maka sebuah rumah akan dibina buatnya di tempah yang lebih tinggi kedudukannya di dalam Taman Syurga.” (At-Tirmidzi)
Tips-tips dalam berkomunikasi dengan remaja:
- Wujudkan suasana yang menyeronokkan dan menarik dalam perbincangan.
- Sentiasa konsisten dalam apa yang diperkatakan.
- Sentiasa positif bila berurusan dengan mereka.
- Jangan terlalu over-react.
- Berfikir dulu apa yang mereka berkehendakkan sebelum mengatakan ‘tidak’ kepada mereka.
- Tunjukkan rasa minat atau mengambil berat dalam kerja sekolah dan rakan-rakan mereka.
- Berbicara tentang isu berkenaan Islam dan sosial dengan mereka.
- Tingkatkan keyakinan diri mereka dan sentiasa memberi semangat atau motivasi pada diri mereka.
- Jangan terlalu menunjukkan atau menggunakan kuasa sebagai ibubapa (nampak seolah macam kuku besi di mata anak-anak).
- Belajar bertolak ansur atau berkompromi dengan perubahan persekitaran anak-anak tanpa perlu melanggar prinsip-prinsip Islam mahupun syara’.
Saudaramu dalam Islam,
Hanan Dover
Mission of Hope
www.missionofhope.org.au
Terjemahan dari “Parents Talking the talk: The importance of communicating with your children”, Majalah The Message, Volume 3,Issue 2, Etiquette Issue 2005.
No comments:
Post a Comment