Alhamdulillah ana mempunyai dua ibubapa yang terbaik buat ana. Tak semua daripada kita masih mempunyai kedua ibu dan bapa. Ana bersyukur kepada Allah SWT kerana mereka cukup memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan peribadi ana – jadilah ana yang seadanya. Adakala sesetengah dari kita rasa ibu dan ayah orang lain lebih baik dari ibu dan ayah yang Allah anugerahkan pada kita. Tidak wahai sahabat dan sahabiahku. Ada yang menginginkan ibubapa yang ‘open-minded’ kerana merasakan ibu atau bapanya terlalu mengongkong malah ada yang pula yang menginginkan ibubapa yang sentiasa mengingatkan dirinya tentang batas-batas syara’. Ingatlah wahai sahabat dan sahabiahku, Allah mengetahui apa yang terbaik buat diri kita semua walaupun kita rasa kita tidak suka akan sesuatu tapi sebenarnya itulah yang terbaik buat kita.
Cuba kita ingat-ingat kembali berapa kali dalam sehari, seminggu mahupun setahun kita mengingati jasa ibubapa? Berapa kalikah diri ini berterimakasih? Berapa saatkah kita tujukan rasa bersyukur kita pada yang berhak?
Secara jujurnya, ana sendiri tak pasti malah tak ingat. Pada saat coretan ini, rasa sebak dan sedih mula dirasai dengan diri yang sering lupa, rasa bersalah mula menyelinap ke hati.
Macam mana aku boleh hidup dalam keadaan lupa pada semua.
Lupa untuk ucapkan Alhamdulillah.
Lupa untuk mengucapkan terima kasih kepada bonda dan ayahanda yang dikasihi.
Aku lupa…
Apakah peranan aku sebagai seorang muslimah/muslimat patut buat dengan semua ini? Bukankah Islam itu memainkan peranan penting?
Salah satu asas Islam adalah peribadi penganutnya. Termasuklah tanggungjawab dan peranan kita terhadap ibubapa, itu adalah hak mereka yang perlu kita laksanakan. Ya Allah betapa sukarnya memenuhinya kerana hampir separuh jalan baru hambaMu ini mengingati tanggungjawabnya.
Emak pernah memanggil namaku kali pertama, kedua, ketiga akhirnya emak menyudahkan semua keperluannya tanpa melaungkan nama ana lagi. Pada waktu ana mula bagi respond pada panggilan mak, mak ana dah siap melakukan segala-galanya. Ana masih berlari-lari anak, “Ye mak, Ada apa?”
Lantas ana teringat, syurga dibawah tapak kaki ibu. Penghormatan, pahala dan segala-galanya di situ. Sekarang masih ana nafikan segalanya? Tidak mungkin.
Jadi macam mana aku nak baiki semua ni?
Boleh diubah, semuanya bergantung pada diriku sama ada lupa atau tidak?
Dari mana patut aku mulakan?
Islam, Rasulullah SAW, Al-Qur ‘an Al-Kareem, solat dan banyak lagi, semuanya perlu diamalkan sebagai peringatan atau untuk mengingatkan kita pada tanggungjawab kita terhadap ibubapa. Melalui solat, mengaji Al-Qur ‘an, belajar dan mengamalkan sunnah Rasulullah, melalui penyerahan hati dan diri kepada Allah SWT; kita boleh belajar dan mengekalkan rasa hormat, patuh, menghargai dan kasih pada ibubapa.
Makin banyak kita bantu dan jalankan tanggungjawab kita kepada kedua ibubapa, makin banyak lagi Allah berikan pulangan pada kita sebenarnya. Setiap perlakuan baik yang kita lakukan kembali kepada diri kita juga. Ingatlah wahai sahabat dan sahabiah yang ku kasihi, bila tiba masanya kita juga akan turut menjadi ibu atau bapa, Insya Allah. Kita semua akan bercakap dan berfikir bagaimana kita nak didik anak-anak kita dan macam mana nak tingkatkan skills kita sebagai seorang ibu mahupun bapa.
Tapi berapa kalikah kita nyatakan pada kedua ibubapa kita yang mereka telah jalankan tanggungjawab dengan sebaik yang mungkin dalam memdidik dan membesarkan kita?
Ana tak dapat mengingatinya…

No comments:
Post a Comment